PRU15 – Azmin wajah baru di Shah Alam

Oleh – Bakhtiar Omar


PRU15 - Azmin wajah baru di Shah Alam

Siapa tidak kenal dengan Datuk Seri Azmin Ali yang merupakan antara figura politik paling popular sekitar tahun 2019?

Beliau yang dikenali sebagai antara ‘orang kuat’ Anwar Ibrahim ketika zaman reformasi telah memilih haluan berbeza sebaik ‘Sheraton Move’ digerakkan.

 

Parlimen Gombak pula sangat sinonim dengan Azmin sejak 2008 sehingga hari ini. Bagaimanapun, kini Azmin tidak lagi mewakili PKR selepas meninggalkan parti itu dan menyertai PPBM.

PRU15 - Azmin wajah baru di Shah Alam

Dikhabarkan Azmin akan berpindah ke Parlimen Shah Alam pada PRU15 memandangkan jumlah pengundi yang jauh lebih menyakinkan.

Majoriti pengundi di kawasan ini ialah kaum Melayu sejak PRU 10 tiada seorang ahli parlimen di P108 Shah Alam ialah orang dan penduduk Shah Alam. 

Dengan jumlah penduduk seramai 438, 475 di Shah Alam (banci penduduk 2020), sudah pasti akan berlaku peningkatan jumlah pengundi yang baik terutama pengundi 18. 

PRU15 - Azmin wajah baru di Shah Alam

Berbanding Parlimen Gombak, sejumlah 349,207 penduduk dicatatkan dalam banci 2020, Azmin memerlukan lebih banyak sokongan untuk meneruskan karier beliau selaku ahli politik.

Tempat Azmin di Gombak dikhabarkan akan diambil alih Muhammad Hilman Idham yang tidak mempertahankan DUN Gombak Setia.

Azmin pernah menjadi Menteri Besar Selangor pada 2013 – 2018 selepas PKR menggerakkan ‘Langkah Kajang’.

Penyandang kerusi Shah Alam, Khalid Samad tidak kurang hebat rekodnya sejak 2008 sebagai wakil PAS namun bertukar ke AMANAH pada 2015.

Pernah menjadi Menteri Wilayah 2018-2020, Khalid sudah pasti akan memberi tentangan kuat terhadap Azmin Ali.

Pastinya pertembungan Azmin-Khalid akan menjadi antara kawasan tumpuan bila wakil Perikatan Nasional bertembung dengan wakil Pakatan Harapan.

Untuk rekod, PPBM pernah menjadi gabungan Pakatan Harapan sewaktu menumbangkan BN pada PRU14 lepas.

Penafian – penulis ini tiada kaitan dengan pihak MyTvOnline   & sebarang komen tidak berada di bawah tanggungjawab kami.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker