Ringgit terus susut berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit terus mencatatkan aliran penurunan berbanding dolar AS dalam persekitaran kebimbangan mengenai inflasi yang meningkat dan ketidaktentuan yang menyelubungi ekonomi pasaran sedang pesat membangun (EM), kata penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.5070/5085 berbanding dolar AS daripada 4.5010/5045 pada Isnin.

Penganalisis Pasaran ActivTrades Alexander Londono berkata kebimbangan mengenai inflasi telah menaikkan dolar AS berbanding mata wang pasaran sedang pesat membangun seperti ringgit.

“Bagaimanapun, lewat hari ini kami akan mendapat data Indeks Harga Pengguna (IHP) dari Amerika Syarikat dan jika bacaan adalah lebih baik daripada jangkaan, ringgit-dolar AS mungkin mendapat sokongan dan berada pada aliran meningkat.

“Hala tuju pasangan mata wang itu untuk minggu ini juga bergantung kepada data IHP dari Eropah, bukan sahaja dari AS,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.2320/2333 daripada 3.2263/2286 pada Isnin dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.1690/1703 daripada 3.1596/1615 semalam.

Ia rendah berbanding pound kepada 5.2768/2786 daripada 5.2658/2687 dan merosot berbanding euro kepada 4.5818/5833 daripada 4.5638/5663 sebelum ini.

Bernama

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker