Ukraine dakwa Russia serang prasarana awam bagi balas dendam



Ukraine dakwa Russia serang prasarana awam bagi balas dendam

Ukraine dakwa Russia serang prasarana awam bagi balas dendam
Anggota tentera Ukraine bergambar selepas membebaskan kawasan penempatan Shevchenkove daripada penguasaan tentera Russia. – Foto REUTERS

KYIV: Ukraine mendakwa tentera Russia menyerang prasarana awam sebagai membalas dendam selepas serangan Ukraine hujung minggu yang memaksanya meninggalkan benteng utamanya di Kharkiv.

Pegawai Ukraine berkata sasaran serangan balas itu termasuk pusat bekalan air dan jana kuasa haba di Kharkiv, mengakibatkan terputusnya bekalan elektrik secara meluas.

“Bukannya pusat ketenteraan, tetapi matlamat mereka adalah mengganggu bekalan lampu dan sistem pemanasan,” kata Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, menerusia catatan di laman Twitter.



Duta Besar Amerika Syarikat ke Ukraine, Bridget Brink, turut mengutuk serangan terbabit.

“Russia bertindak balas terhadap penguasaan semula Ukraine ke atas bandar dan kampung di timur, dengan sengaja melancarkan serangan peluru berpandu untuk memusnahkan prasarana awam yang penting,” katanya.

Moscow bagaimanapun menafikan pasukan tenteranya sengaja menyerang sasaran awam.

Zelensky menyifatkan serangan Ukraine di timur laut itu sebagai satu kejayaan dalam peperangan yang memasuki bulan keenam itu.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Beliau berkata, pada musim sejuk ini, beberapa kejayaan lagi akan dicapai sekiranya Kyiv menerima lebih banyak bekalan senjata yang baik.

Dalam kekalahan paling buruk dialami oleh pasukan tentera Moscow itu sejak mereka berundur dari pinggir ibu kota Kyiv pada Mac lalu, ribuan tentera Russia meninggalkan banyak peluru dan peralatan semasa meninggalkan bandar Izium, yang mereka gunakan sebagai pusat logistik.

Ketua turus tentera Ukraine, Jeneral Valeriy Zaluzhnyi, berkata pasukan tenteranya menguasai semula kawasan seluas lebih 3,000 kilometer persegi sejak awal bulan ini.

Kemenangan Ukraine itu amat penting dari segi politik bagi Zelensky, ketika beliau cuba mempertahankan perpaduan Eropah untuk terus menyokong Ukraine dengan membekalkan senjata dan kewangan, sekalipun krisis bekalan tenaga memuncak ekoran sekatan bekalan gas Russia kepada negara Eropah.



Russia mungkin sudah mengundurkan tenteranya daripada kesemua tempat yang didudukinya di Kharkiv Oblast di bahagian barat Sungai Oskil, kata Kementerian Pertahanan semasa taklimatnya semalam.

Staf Turus Ukraine berkata pasukan tenteranya berjaya mengusir musuh daripada lebih 20 perkampungan beberapa hari lalu.

Berhampiran sempadan Russia pula, di perkampungan Kozacha di utara Kharkiv, tentera Ukraine dan pegawai tempatan disambut oleh penduduk di situ dengan memeluk dan berjabat tangan.

“Kozacha (Lopan) adalah dan akan kekal menjadi milik Ukraine,” kata Datuk Bandar daerah itu, Vyacheslav Zadorenko, dalam satu rakaman video yang di laman Facebook.



“Bukan lagi milik Russia sama sekali, lihat sendiri, mana ada lagi tentera Russia. Kemenangan bagi Ukraine, kemenangan bagi Angkatan Bersenjata Ukraine,” katanya. – REUTERS

Ukraine dakwa Russia serang prasarana awam bagi balas dendam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Menara Merdeka 118 Legasi Najib mula bawa pulangan kepada Rakyat.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker