Umno akan lantik Ketua Penerangan baru?



Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Umno akan lantik Ketua Penerangan baru?

Ketua Penerangan Umno yang baru akan dilantik dalam tempoh terdekat?

Umno dijangka akan merombak beberapa jawatan dalam pengurusan tertinggi parti bagi persediaan menghadapi PRU15.

Bagi memperkasakan informasi serta pemahaman kepada rakyat, Ketua Penerangan Umno antara jawatan berpotensi dirombak.



Tidak menidakkan peranan serta gerak kerja yang dilakukan Ketua Penerangan Umno sekarang, cuma gaya dan keberkesanan beliau dalam menyampaikan maklumat tidak berjaya menembusi ‘dinding tebal’ rakyat.

Umno akan lantik Ketua Penerangan baru?

Jawatan beliau selaku Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri tidak memberi kelebihan buat K/Pen menyampaikan maklumat yang mudah difahami rakyat. Penggunaan istilah yang agak sofisikated juga tidak membantu pemahaman rakyat yang lebih senang dengan penyampaian bersahaja.

Apabila berada di jawatan tinggi di Pejabat Perdana Menteri, sudah pasti persepsi selaku Pengarah Ekonomi akan menjaga hati banyak pihak dan tidak akan sesekali mengakui kelemahan kerajaan. 

Umno akan lantik Ketua Penerangan baru?

Ini agak bertentangan dengan realiti yang sedang dihadapi rakyat bila menyentuh hal ekonomi serta keperluan rakyat terutama B40. Itu belum lagi mengenai pandangan politik yang semakin keliru tanpa penjelasan jitu oleh K/Pen.



KETUA PENERANGAN TIDAK BOLEH HANYA BERADA DALAM ‘KUBU’ SENDIRI

Bagaimana Umno mahu mendekati rakyat jika seseorang yang diberikan tanggungjawab membuat penjelasan hanya berlegar disekeliling penyokong sahaja? Agak sukar melihat K/Pen secara berdepan menyaingi kepetahan pihak lawan dalam berceramah.

Jika dilihat pengikut menerusi facebook, K/Pen hanya ada sekitar 60,000 sahaja berbanding seorang lagi figura Umno yang mempunyai seramai 118,000 pengikut.

Umno akan lantik Ketua Penerangan baru?

Tidak merendahkan apa yang telah dilakukan K/Pen selama ini, cuma mahu tahu adakah beliau benar-benar yakin telah berjaya menerobos kubu lawan serta berjaya menarik perhatian pengundi 18 sepanjang tempoh lantikan?

Ini agak penting sebagai indikator seorang Ketua Penerangan Umno buat masa ini. Sungguhpun beliau popular namun jika ditanya kepada marhein atau orang kampung, adakah beliau dikenali namanya?



Umno

Sebagai ahli Umno, kegagalan Ketua Penerangan menarik minat serta perhatian pengundi merupakan satu kegagalan yang agak sukar untuk diterima.

Tugas menerangkan sesuatu isu dan sesekali menerjah ke kawasan lawan sangat penting bagi menampakkan kemampuan Umno yang sebenar.

Mungkin sudah tiba masanya Umno memikirkan pertukaran Ketua Penerangan dalam usaha memenangi PRU15. Umno perlukan seorang Ketua Penerangan yang terbukti digeruni pihak lawan.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker