War Cabinet Akan Di Bentuk Selepas 28 September 2022?

War Cabinet Akan Di Bentuk Selepas 17 September 2022?

War Cabinet Akan Di Bentuk Selepas 28 September 2022?

Dijangkakan pada 28 September 2022 yang akan datang, mesyuarat ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan diadakan.

Beberapa keputusan penting dijangka akan dibuat dalam mesyuarat tersebut.

Antaranya dikhabarkan beberapa orang ahli MKT UMNO yang dilantik akan digugurkan oleh Presiden UMNO.



Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/09/09/beberapa-ahli-mt-umno-akan-digugurkan/

Seperti yang dijangkakan dan yang berlaku dalam beberapa siri mesyuarat MKT yang lepas, antara agenda penting yang akan dibincangkan ialah mengenai pembubaran parlimen.

Apabila disebut mengenai pembubaran parlimen, sudah tentu seluruh perhatian akan tertumpu kepada Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Ismail Sabri.



Dilaporkan sudah beberapa kali Ismail Sabri mengingkari janji untuk membubarkan parlimen yang telah beliau berikan bukan sahaja kepada MKT, malah kepada perwakilan PAU.

Kami dimaklumkan dari sumber dalaman UMNO, mesyuarat MKT UMNO yang akan datang, akan mengambil tindakan tegas terhadap Ismail Sabri.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/09/10/mesyuarat-mkt-umno-minggu-hadapan-akan-menentukan-nasib-ismail-sabri/

Malah sumber memberitahu, tindakan itu akan disusuli pula dengan pengumuman UMNO menarik sokongan dari kerajaan yang diterajui oleh Ismail Sabri.

Sejauh mana kepastiannya, tidak dapat kami pastikan, namun kemungkinannya tetap ada.

Krisis Politik Yang Tiada Kesudahan

Untuk parlimen penggal yang ke 14, kita sudah mengalami pertukaran kerajaan dan Perdana Menteri sebanyak 3 kali.

Kali pertama apabila berlaku Langkah Sheraton yang menyaksikan Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir meletak jawatan.

Sebagai penyelesaian krisis politik ketika itu, Istana Negara telah menitahkan supaya kesemua ahli parlimen mengadap SPB YDP Agong untuk tujuan perlantikan Perdana Menteri baharu melalui SD.

Ketika itu, walau pun UMNO memohon supaya parlimen dibubarkan, namun tidak diperkenankan baginda atas alasan wabak Covid-19.

Akhirnya Muhyiddin Yasin telah dilantik sebagai Perdana Menteri selepas mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Kemudian berlaku pula krisis politik kedua, apabila tindakan Muhyiddin mengengkari titah YDP Agong supaya ordinan darurat dibahaskan di parlimen sebelum dimansuhkan.

Bukan setakat engkar, Muhyiddin juga memutarbelit kenyataan YDP Agong serta mengelirukan parlimen.

Ekoran itu, UMNO bertindak balas dengan menarik sokongan ke atas Muhyiddin Yasin.

Sekali lagi pihak Istana Negara memanggil ahli parlimen mengadap SPB YDP Agong untuk menyelesaikan masalah ahli politik.

Kali ini baginda hanya memanggil 114 orang ahli parlimen yang didakwa menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Akhirnya Ismail Sabri mendapat perkenan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Apa Akan Berlaku Sekiranya UMNO Menarik Sokongan Dari Ismail Sabri?

Kini krisis politik sekali lagi dilihat sedang berlaku.

Ismail Sabri dilihat sedang mendapat tekanan hebat dari UMNO sendiri supaya beliau membubarkan parlimen.

Namun ianya berpunca dari sikap beliau sendiri yang dilihat beberapa kali berdolak dalih dalam membuat kenyataan untuk membubarkan parlimen.

Bukan setakat itu, Ismail Sabri juga telah didapati tidak bersikap jujur apabila memberitahu ahli MKT bahawa tiada perjanjian antara beliau dengan Muhyiddin semasa peralihan kuasa.

Ini sudah pasti telah menimbulkan kemarahan akar umbi dan pemimpin UMNO.

Perkhabaran dari PWTC memaklumkan 28 September ini adalah penentuannya.

Sekiranya UMNO menarik balik sokongan ke atas Ismail Sabri, agak mustahil untuk Istana Negara sekali lagi melantik Perdana Menteri melalui SD.

Ini adalah kerana sudah 2 kali cara yang sama masih gagal mewujudkan kestabilan politik negara.

Namun agak sukar juga untuk memberi laluan kepada PRU 15.

Ini adalah kerana negara kini sedang berhadapan dengan musim tengkujuh dan Jabatan Meteorologi telah memberikan amaran bahawa banjir besar akan melanda negara pada penghujung November.

Baca di sini:

https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/09/05/metmalaysia-ramal-banjir-besar-penghujung-november-2022/

Kecuali parlimen dibubarkan pada pertengahan September dan PRU 15 diadakan pada awal atau pertengahan Oktober 2022.

Tetapi sekiranya YDP Agong tidak bersetuju, maka berkemungkinan besar baginda akan membubarkan parlimen atau menggantung parlimen.

Dalam keadaan ini, baginda boleh melantik Perdana Menteri Interim untuk membentuk kerajaan interim bagi menghadapi banjir.

Baginda juga boleh mengisytiharkan darurat politik dan melantik Perdana Menteri Interim untuk membentuk kabinet.

PRU 15 boleh dibuat selepas keadaan banjir pulih.

Namun yang pasti, Ismail Sabri sudah pasti bukan menjadi pilihan untuk mengetuai kerajaan interim.

Segala-galanya bergantung kepada kebijaksanaan baginda dan penulis sebagai rakyat marhaen, akan menjunjung titah perintah baginda.

 

War Cabinet Akan Di Bentuk Selepas 28 September 2022?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Ikuti Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker