Import kereta CBU kapasiti enjin kecil dorong lambakan dalam pasaran

Import kereta CBU kapasiti enjin kecil dorong lambakan dalam pasaran

Import kereta CBU kapasiti enjin kecil dorong lambakan dalam pasaran
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Sebarang langkah membenarkan kemasukan kereta diimport sepenuhnya (CBU) berkapasiti enjin kecil akan mendorong kepada lambakan dalam pasaran selain menjejaskan matlamat kerajaan bagi membangunkan industri automotif tempatan.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata ini akan turut menjejaskan Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 sekiranya syarikat-syarikat Pengilang Peralatan Tulen (OEM) beralih daripada aktiviti pengeluaran kereta tempatan kepada pengimportan CBU.

“Pada masa sama, ia akan menjejaskan perancangan pelaburan jangka masa panjang pengeluaran tempatan oleh syarikat-syarikat OEM dan kedua-dua syarikat pengeluar kereta nasional.



“Malah, ini seterusnya akan menjejaskan usaha ke arah pembangunan vendor tempatan, termasuk kehilangan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan pada masa depan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Seruandi Saad mengenai kesediaan kerajaan untuk mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan permit import bagi kemasukan kenderaan berkuasa kuda (cc) rendah seperti 660 cc.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?


Mengulas selanjutnya, Liew berkata tumpuan hala tuju industri automotif tempatan adalah menggalakkan aktiviti pemasangan tempatan oleh syarikat pengeluar kereta nasional dan syarikat-syarikat OEM tanpa mengira jenama serta kapasiti enjin kenderaan.

“Kapasiti enjin yang kecil tidak semestinya memberi gambaran bahawa sesuatu kenderaan tersebut dijual pada harga rendah kerana import masih tertakluk kepada cukai import, cukai eksais dan cukai jualan,” katanya.



Import kereta CBU kapasiti enjin kecil dorong lambakan dalam pasaran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zionis Yahudi Semakin Mengganas Selepas Gencatan Senjata

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker