18 anugerah pengurusan kolej universiti awam

(Datuk Seri Abdul Razak Jaafar (tiga dari kanan) sempat beramah mesra dengan para penerima anugerah sempena Majlis Anugerah Bakat MAPUM 2022 (MABMA 2022) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), pagi semalam)

Oleh Azrin Muhammad

KUALA TERENGGANU – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi 18 anugerah kepada warga kerja Majlis Perumahan Universiti-Universiti Awam Malaysia (MAPUM) menerusi Majlis Anugerah Bakat MAPUM 2022 (MABMA 2022).

Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar berkata, para penerima terdiri daripada staf pengurusan dan profesional, staf sokongan dan kepimpinan pelajar yang dinilai berdasarkan hasil usaha mereka kepada citra serta kecekapan operasi kolej kediaman sepanjang tahun.



“KPT amat menitikberatkan kelicinan serta kecekapan pengurusan kolej-kolej kediaman universiti awam di Malaysia selaras dengan hasrat kementerian untuk mewujudkan suasana kampus yang selamat dan sejahtera untuk diduduki pelajar.

“Sumbangan ahli MAPUM yang komited melaksanakan tugas dengan sikap profesional selayaknya diberikan penghargaan serta pengiktirafan atas khidmat bakti mereka,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini,

Terdahulu, Abdul Razak menyempurnakan upacara pembukaan MABMA 2022 yang julung kalinya diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), pagi semalam.

Turut hadir, Pengerusi MAPUM, Profesor Madya Dr. Hafiz Zakariya, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Ahmad Martadha Mohamed dan Pengarah Kolej Kediaman UMT, Dr. Nik Aziz Nik Ali.



Sementara itu, Abdul Razak menambah, pihaknya berharap MAPUM yang ditubuhkan sejak 1993 itu dapat meneruskan tanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal kebajikan, keselamatan serta keselesaan pelajar.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker