Pokok tumbang, ribut di pusingan kedua Masters

AUGUSTA, Amerika Syarikat: 3 batang pokok pain tumbang berhampiran penonton di lubang 17 di Augusta National sebelum pusingan kedua Kejohanan Masters ditangguhkan akibat ribut.

Sejurus selepas tumbang, permainan dihentikan dan penonton diarah keluar dari lapangan, yang dilanda angin kencang. Tiada sebarang kecederaan dalam insiden berkenaan.

Pemain-pemain turut beredar dari lapangan dengan 39 daripada mereka tidak sempat menamatkan pusingan kedua kejohanan Masters itu.



Permainan bersambung 21 minit kemudian tetapi dihentikan untuk kali kedua pada jam 4.22 petang.

Juara LIV Golf, Brooks Koepka mendahului pusingan kedua selepas mencatat pusingan lima bawah par 67 sebelum insiden pokok tumbang itu.

“Ia permainan mantap. Tidak banyak kesilapan dilakukan. Anda perlu melakukan birdie di par lima di sini, dan saya melakukannya dengan baik,” kata Koepka.

Selepas memenangi acara LIV Golf di Orlando minggu lalu, Koepka berharap dapat memberikan mimpi ngeri buat Jelajah PGA dengan memenangi kejohanan itu.



Juara Terbuka Amerika Syarikat 2021, Jon Rahm di tangga kedua pada sembilan bawah par.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button