Akar Umbi UMNO Sudah Tidak Berminat Dengan Pertemuan Top 5, Tetapi Menunggu Keputusan 28 September

Akar Umbi UMNO Sudah Tidak Berminat Dengan Pertemuan Top 5, Tetapi Menunggu Keputusan 28 September

Berita terbaru yang kami terima ialah Ismail Sabri dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Top Five UMNO sebelum Bajet 2023 dibentangkan.

Baca di sini:



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/999776/pru15-pm-jangka-jumpa-top-five-umno-sebelum-bajet

Tujuan pertemuan diadakan tidak lain dan tidak bukan sudah pasti akan membincangkan tarikh PRU 15.

Namun majoriti akar umbi UMNO, malah rakyat yang berada di atas pagar menyambut berita itu dengan senyuman sinis.

Ramai mempertikaikannya dengan mengatakan ianya hanya helah Ismail Sabri supaya terselamat dari dikenakan tindakan dalam mesyuarat MKT UMNO.



Sama seperti yang beliau lakukan sebelum ini.

Bagi mereka, adalah sesuatu yang tidak masuk akal sekiranya Top Five masih mahu mengadakan perundingan mengenai tarikh PRU 15.

Apakah pemimpin UMNO tidak tahu Ismail Sabri sudah mengumumkan beliau sudah mengarahkan supaya NADMA digerakkan ke seluruh negara.

Baca di sini:



https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/09/13/jawatankuasa-pengurusan-bencana-daerah-diaktifkan-segera-hadapi-monsun-timur-laut/

Di mana logikanya apabila Ismail Sabri sudah mengerahkan NADMA untuk digerakkan.

Dan di masa yang sama mengatakan PRU 15 akan diadakan dalam waktu terdekat.

Apakah beliau mahu rakyat keluar mengundi dengan menggunakan sampan?



Realitinya ialah akar umbi sudah tidak berminat mahu tahu sama ada pertemuan Top Five itu akan membincangkan mengenai tarikh pembubaran parlimen.

Tetapi apa yang ditunggu oleh 4.2 juta akar umbi UMNO adalah apakah tindakan yang akan diambil oleh MKT UMNO terhadap kluster pengkhianat UMNO!!!

 

Akar Umbi UMNO Sudah Tidak Berminat Dengan Pertemuan Top 5, Tetapi Menunggu Keputusan 28 September

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button