Bangunan asrama tahfiz hangus

Bangunan asrama tahfiz hangus

Bangunan asrama tahfiz hangus

SEREMBAN: Bangunan asrama sebuah sekolah tahfiz di Jalan Dataran Sentral 3, Dataran Sentral, di sini, musnah dalam kebakaran, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, dua daripada tiga tingkat bangunan asrama berkenaan terbakar, namun tiada mangsa dilaporkan cedera.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, makluman daripada Pusat Gerakan Operasi (PGO) melaporkan panggilan diterima jam 8.22 malam.



“Sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 bergegas ke lokasi dan turut dibantu pasukan dari BBP Seremban.

“Kami menjalankan operasi pemadaman sebelum kebakaran dapat dikawal jam 9.04 malam ini. Operasi memadamkan semua api dan penyejukan masih dijalankan bagi memastikan keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Jurucakap itu berkata, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

“Pasukan forensik baru tiba di lokasi untuk tindakan lanjut. Maklumat awal yang kami terima, kebakaran membabitkan sebuah bangunan sebuah sekolah tahfiz yang terbakar di tingkat dua dan tiga,” katanya.



Anwar beruntung dapat rawatan zaman BN

Bangunan asrama tahfiz hangus


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar beruntung dapat rawatan zaman BN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker