Banjir kilat landa Kota Kinabalu dan Penampang

Banjir kilat landa Kota Kinabalu dan Penampang

Banjir kilat landa Kota Kinabalu dan Penampang
Sebuah kereta dihempap pokok tumbang di Jalan Bantayan. NSTP/Ihsan Bomba

KOTA KINABALU: Hujan lebat sejak jam 3 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar pusat bandar raya dan Penampang dilanda banjir kilat.

Antara lokasi yang terjejas adalah di Jalan Kilang Kolombong, Manggatal, Tebobon dan Jalan Bantayan Minintod.

Mengikut laporan Angkatan Pertahanan Awam (APM), keadaan laluan keluar di Jalan Kolombong Lorong Kurma 3, kini tidak boleh dilalui oleh kenderaan kecil selepas paras air meningkat melebihi 0.3 meter.

Selain itu, keadaan Jalan Bantayan Minintod juga terjejas selepas sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta.

Menurut laporan, terdapat empat individu berada di dalam kereta, namun semua mangsa dilaporkan selamat selepas pasukan bomba membantu memotong dan seterusnya mengalihkan pokok berkenaan.

Sementara itu, bagi daerah Penampang, beberapa lokasi dilaporkan terjejas banjir antaranya Jalan Dato Panglima Banting, Pekan Donggongon, Kampung Kolopis, Penampang Proper, Kampung Maang, Bulatan Sigar.

Bagaimanapun, setakat ini paras air masih dalam keadaan terkawal dan boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Sementara di Kampung Sugud keadaan paras air dilaporkan semakin meningkat dan kini hanya boleh dilalui kenderaan besar.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Kinabalu, Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abd Hamid, berkata pasukan APM Kota Kinabalu sudah membuat pemantauan di kawasan ‘hotspot’ sekitar Kota Kinabalu.

“Pemantauan dijalankan di sekitar kawasan Kolombong, Manggatal, Jalan Tuaran, Likas Industrial dan beberapa kawasan lain.

“Pasukan APM Kota Kinabalu kini giat membuat pemantauan berikutan cuaca yang masih hujan,” katanya.

Hujan lebat dijangka landa Bangkok hingga Ahad ini

Banjir kilat landa Kota Kinabalu dan Penampang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar beruntung dapat rawatan zaman BN

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker