Beli pulut panggang dapat free 2 papan dawai kokot!

Pelanggan kecewa peniaga buat tak acuh, minta maaf pun tidak

Beli pulut panggang dapat free 2 papan dawai kokot!

Beli pulut panggang dapat free 2 papan dawai kokot!
Dawai kokot yang dijumpai di dalam pulut panggang.

BUKAN rambut atau serangga, sebaliknya ‘benda asing’ yang ditemui pelanggan ini dalam makanan yang dibelinya rupa-rupanya dawai kokot (ubat stapler)!

Apa yang mengejutkan, bukan satu sebaliknya dua papan dawai kokot dilihat tertinggal di dalam kuih pulut panggang yang dibeli pelanggan berkenaan.

“Peringatan bersama. Kepada peniaga kuih pulut panggang dan yang seangkatan… mohon lebih berhati-hati ya apabila menggunakan stapler,” kongsi pelanggan berkenaan menerusi satu hantaran yang di muat naik di laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini.

Pelanggan wanita tersebut turut berkongsi dua keping gambar menunjukkan dua papan dawai kokot yang ‘terkambus’ di dalam pulut panggang yang dibelinya.

“Alhamdulillah. Tak ada apa-apa yang serius,” sambungnya.

Beli pulut panggang dapat free 2 papan dawai kokot!
Hantaran yang dibuat oleh pelanggan berkenaan yang dikongsikan menerusi laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni.

Bagaimanapun pelanggan tersebut meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa peniaga berkenaan bersikap tidak acuh dan tidak mengendahkan aduannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Kepada peniaga… bila orang datang komplen, tolonglah ambil peduli. Ini minta maaf pun tak. Padahal saya tunggu orang tak ada baru saya cakap.

“Dan kepada pembeli seperti saya, lepas ini kita kena berhati-hati beli makanan yang menggunakan stapler ni. Kerana kecuaian kita boleh mengakibatkan kesan yang lebih buruk.

“Peringatan untuk diri saya sendiri. Saya penjual, saya juga pembeli,” tulisnya.

 

Ni nak bagi orang makan ke nak bagi mati?

NETIZEN

 

Menerusi perkongsiannya juga, kejadian tersebut berlaku pada 10 September lalu namun tidak menyatakan lokasi kedai yang menjual pulut panggang tersebut.

Sehingga kini, hantaran di laman tersebut meraih 618 shares selain dibanjiri ribuan komen netizen.

“Inilah antara sebab kenapa tak dibenarkan penggunaannya dalam pembungkusan makanan. Bahaya.

“Pernah beli kuih ada paku. Tergigit ingatkan apa, rupa-rupanya paku.

“Kadang-kadang yang membuat kuih ni ramai tangannya. Anak-anak cucu pun sama tolong. Benda ni boleh jatuh dalam kuih sebelum dibungkus.

 

Beli pulut panggang dapat free 2 papan dawai kokot!
Antara komen netizen terhadap perkongsian pelanggan berkenaan.

“Ni nak bagi orang makan ke nak bagi mati?” demikian antara komen netizen.

Untuk rekod, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada awal tahun ini menasihatkan peniaga makanan supaya tidak menggunakan paku, dawai kokot dan seumpamanya untuk membungkus makanan.

Peniaga makanan yang menggunakan barangan berbahaya pada pembungkusan makanan boleh didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah.

Jamu pelajar tahfiz, orang ramai durian bersama pulut

 

 

Beli pulut panggang dapat free 2 papan dawai kokot!


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar beruntung dapat rawatan zaman BN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker