Daging Masak Kicap Dan Kentang

Daging Masak Kicap Dan Kentang

Daging Masak Kicap Dan Kentang
Daging Masak Kicap Dan Kentang

Hi semua, Assalamualaikum. Kali ni Che Nom nak masak, menu yang ringkas tapi cukup sedap menjilat jari kalau makan iaitu daging masak kicap berkentang.
Biasanya kalau masak daging kicap Che Nom suka perap sekejap daging dengan beberapa bahan, biar serap semua rasa. Selain itu, tujuan kita perap ialah untuk lembutkan daging supaya lebih cepat masak nanti.

Dalam video ni juga ada sedikit tips untuk sesiapa nak masak daging lebih lembut dan cepat. Sekolah pun dah buka, jadi menu ringkas macam ni juga yang tetap menjadi pilihan untuk masak kat anak-anak kan?.

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan:
    • cawan minyak masak
    • 2 biji bawang merah kecil
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 1 biji kentang
    • Sedikit garam
    • Rempah 4 sekawan
    • 1 sudu besar cili kisar
    • 1 batang serai
    • Kicap manis secukupnya
    • Sedikit air asam jawa
    • 1 sudu besar sos tiram
    • sudu kecil serbuk lada hitam
    • 7 tangkai cili padi
    • Daun bawang
    • 1 biji bawang holland
  • Bahan-bahan untuk perapan:
    • 500g daging
    • sudu kecil serbuk kunyit
    • sudu kecil garam
    • 2 sudu kecil serbuk ketumbar
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu besar kicap manis

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara:
    1. Potong daging (ikut arah lawan urat) sederhana nipis.
    2. Perap ayam dengan kunyit, garam, serbuk ketumbar, sos tiram dan kicap manis.
    3. Kisar kasar bawang merah, bawang putih dan halia.
    4. Potong kentang dan gaul dengan garam.
    5. Potong daun bawang (anggaran 2 cm), cili padi (buang tangkai sahaja), dan bawang holland (potong tebal membulat).
    6. Panaskan minyak dan goreng kentang separuh masak.
    7. Angkat kentang dan ketepikan.
    8. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar kasar dan rempah 4 sekawan sehingga naik bau rempah.
    9. Masukkan cili kisar dan bila cili dah masak garing, masukkan serai (yang telah dititik).
    10. Masukkan daging perap dan masak dengan api perlahan.
    11. Bila daging separuh masak, masukkan kicap manis, sos tiram, sedikit air dan terus masak 30-40 minit.
    12. Masukkan serbuk lada hitam, kentang goreng, air asam jawa, kicap manis, cili padi, hirisan daun bawang (bahagian batang) dan hirisan bawang holland.
    13. Hidang daging dan hias dengan hirisan daun bawang.

 

Tip:

 

  • Potong daging arah berlawan urat, kalau arah berlawanan, bila ditekan daging akan nampak macam rongga-rongga sikit.
  • Gula dari kicap manis akan membantu lembutkan daging.
  • Goreng kentang api besar, biar perang di luar tapi dalam tak terlalu lembut.
  • Selepas masukkan daging, masak dengan api perlahan supaya daging masak lembut.
  • Kalau kurang gelap boleh tambah kicap dan kering boleh tambah air.

Resepi bebola kentang cheese

Daging Masak Kicap Dan Kentang

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar beruntung dapat rawatan zaman BN

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker