Polis Buka Pintu Lokap, Tahanan Peluk Erat Anak Perempuan

Sebuah video yang dimuat naik di laman media sosial telah mengundang rasa sebak warganet apabila seorang anggota polis membuka pintu lokap untuk membenarkan seorang tahanan memeluk anaknya.

Kasih ayah dan anak

Kejadian yang berlaku di Jambi, Indonesia itu memaparkan seorang kanak-kanak perempuan sedang melawat bapanya yang menjadi tahanan di sebuah lokap.

Gadis kecil itu pada mulanya kelihatan cuba untuk memeluk dan mencium ayahnya yang berada di belakang jeriji besi. Kemudian, seorang anggota polis yang bertugas di lokap itu tergerak hati untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Detik terharu apabila anggota polis itu membuka pintu lokap supaya tahanan tersebut dapat memeluk anak perempuannya. Setelah pintu dibuka, mereka melepaskan rindu dengan memeluk erat dan bertukar-tukar cerita.

Menjengah ke ruangan komen pula, warganet sedih melihat momen itu selain turut memuji tindakan anggota polis tersebut.

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan cepat & terima kasih petugas (polis) kerana menolong dan menjadi orang yang baik.

Terima kasih tuan. Ini salah satu bukti yang menunjukkan bahawa masih ramai anggota polis yang berhati mulia.

MasyaAllah sedihnya. Terima kasih pegawai polis yang memberikan kesempatan seorang ayah untuk memeluk anak perempuannya. Mudah-mudahan Allah berikan kemudahan untuk tuan.

 

 

@pojoksatu.id“Karena Kepingin Memeluk Sang Anak, Akhirnya Saya Bukak Pintu Sel nya Sebentar.” Ucap petugas penjaga di salah satu bui di Jambi.

♬ suara asli – Pojoksatu.id Official

 

Sumber: Tribun Medan.com, Tiktok

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker