MB Perak tempelak Khairy , “Biar orang UMNO urus hal UMNO”

Semenjak dicampak keluar dari UMNO atas sebab kerja kerja khianat, Khairy Jamaluddin seolah olah melepas geram untuk mengkriik UMNO.

Ada sahaja yang hendak dikritik dan dikutuk oleh Khairy Jamaluddin berkaitan UMNO.

Sama ada , kenyataan Khairy ini benar atau tidak itu persoalan lain, namun menyibuk hal ehwal UMNO itu yang menjadi persoalan nya.

Pelik juga kenapa Khairy tidak berani kritik Parti Bersatu atau pun Parti PAS.

“Let the new Umno leadership fix the damage that has been done, and let’s move forward,” he said when asked about the frequent criticisms lobbed at the party by former youth chief and federal minister Khairy Jamaluddin, who was expelled earlier this year. – Saarani.

Mungkin kerana ada cerita yang kita tidak tahu ‘deal’ antara KJ dan PPBM atau PAS.

Menteri Besar Perak  merangkap Ketua Perhubungan UMNO , Saraani Mohamad menegur Khairy dengan menyatakan “Biar lah orang UMNO menguruskan UMNO” kepada Khairy dan bekas pemimpin UMNO yang lain.

Dalam menempelak Khairy , Saarani sempat menyatakan UMNO kini dalam proses perbaiki keadaan dengan membersihkan parti dari anasir anasir seperti Khairy.

Saraani turut menyatakan apa apa keputusan berkenaan UMNO , biar lah sesama ahli UMNO membincangkan nya dan tidak perlu lah mereka mereka yang sudah dinyahkan dari UMNO kerana mengkhianati UMNO cuba mempengaruhi ahli UMNO.

Jika diperhartikan, sebaik sahaja beberapa pemimpin parti BERSATU didakwa kerana kesalahan AMLA dan rasuah, Khairy antara bekas pemimpin UMNO yang tidak berani mengkritik Parti BERSATU .

Malah tidak cuba memberi tekanan kepada BERSATU untuk menukar kepimpinan.

Namun, Khairy tersangat vokal apabila ia terjadi kepada parti UMNO.

Maka, amat sesuai lah jika Khairy mendiam kan diri seperti saranan MB Perak Saarani kerana terlalu jelas sifat jelek Khairy.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker