Fazura Memeluk Wanita Yang Seiras Wajahnnya Seolah-olah Adik-Beradiknya

Akhirnya Jumpa 'Kembar Yang Terpisah'



Fazura Memeluk Wanita Yang Seiras Wajahnnya Seolah-olah Adik-Beradiknya

Fazura Memeluk Wanita Yang Seiras Wajahnnya Seolah-olah Adik-Beradiknya

Dulu ramai yang mengatakan mirip dan merupakan ‘kembar yang hilang’ dengan seorang pelakon terkenal tanah air. Sekarang, dah berjumpa secara depan-depan TikToker terkenal, Ellya Farahanny, bersama Fazura!

Ramai yang kata seakan-akan malah sama apabila di lihat wajahnya di bandingkan dengan muka pelakon wanita yang terkenal, Fazura. Ellya berkongsi keterujaan berjumpa dengan Fazura, ramai yang suka akan reaksi pelakon tersebut.

Akhirnya bertemu ‘kembar terpisah’

Seorang TikToker terkenal dengan wajah serta suara yang seakan-akan mirip seorang pelakon, Fazura–Elle Fara atau nama sebenarnya Ellya Farahanny Ridzuan, dapat bersemuka dengan pelakon tersebut di Faztival Fazura 2022. Keterujaannya dapat di rasai melalui perkongsian video di akaun TikTok miliknya.

@officialellefara Still cannot move on 😍😍🥰🥰❤️❤️ Thank you Kak Faz @Fazura ♬ original sound – Elle Fara

Menurut temubual bersama mStar, Elle mengatakan bahawa dia tidak sangka dapat bersua dengan pelakon tersebut meski pun dia sudah memasang niat untuk berjumpa. Tambahan lagi, ia merupakan pengalaman pertama baginya untuk menghadiri konsert seperti itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Sebenarnya saya tidak di janjikan untuk berjumpa dengan Fazura pun, tapi sudah tentu saya mahu berjumpa dengan Fazura sekiranya di berikan peluang,

“Itu juga merupakan pertama kali saya datang ke konsert. Persembahan daripada semua artis sangat okay, dengan sistem bunyi yang bagus. Saya benar-benar terhibur.” katanya lagi.

Dia juga berkata melalui temubual itu, pasukan yang bekerja dengan Fazura telah membuka peluang buatnya untuk bertemu dengan pelakon TV wanita popular itu. Namun, pertemuan itu hanya sekadar lima minit, ia merupakan satu pengalaman yang tidak akan terpadam dari memorinya.

“Saya memang keep in touch dengan team Fazura. Mereka kata ada peluang untuk jumpa Fazura selepas konsert.

“Konsert pula selesai pada pukul 12.20 tengah malam. Sekitar 1.30 pagi (Isnin), saya di luar Aziata Arean tunggu Fazura. Saya hanya cuba dan tak putus asa,

“Masa itu, Fazura cakap akhirnya jumpa. Saya tergamam sebab dia sangat cantik malam itu. Aura Fazura lain macam, tak terkata saya di buatnya,


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Fazura sangat baik dan merendah diri. Saya puji dia macam princess, satu fenomena. Bagi saya malam itu adalah a night to remember.” ujarnya lagi.

Ramai yang suka akan terhadap reaksi Fazura apabila Elle bertemu dengannya ketika itu. Semua akui pertemuan mereka sangat manis tambahan pula keperibadian pelakon itu yang sangat baik dan sopan.

Fazura Memeluk Wanita Yang Seiras Wajahnnya Seolah-olah Adik-Beradiknya

 

Menjengah kepada ruangan komen di akaun TikTok ramai yang memberikan reaksi yang positif. Ada juga yang menunjukkan reaksi yang sangat teruja dengan pertemuan mereka berdua di akhir konsert Faztival Fazura 2022.

“Kembar terpisah ke ni baru jumpa, sweet la kak Faz seorang yang humble,

“Baiknya Fazura…terasa macam awww you’re so sweet!,

“Wah, finally dah jumpa kembar sendiri.” antara komen yang di lontarkan oleh warganet.

Elle menghadiri konsert itu bersama suaminya dan pengikutnya di TikTok, turut menyatakan Faztival Fazura 2022 yang berlangsung selama tiga jam itu sangat menyeronokkan. Perbualan mengenai pertemuan mereka berdua masih di perkatakan oleh warganet sehingga hari ini.

Bahagia ibu ‘disunting’ selepas 8 tahun ‘solo’

Fazura Memeluk Wanita Yang Seiras Wajahnnya Seolah-olah Adik-Beradiknya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar beruntung dapat rawatan zaman BN

 

 

 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker