Hujan lebat dijangka landa Bangkok hingga Ahad ini

Hujan lebat dijangka landa Bangkok hingga Ahad ini

Hujan lebat dijangka landa Bangkok hingga Ahad ini

BANGKOK: Hujan lebat yang menyebabkan banjir di kebanyakan kawasan rendah di Bangkok diramalkan berterusan di seluruh negara sehingga Ahad ini.

Hujan lebat turut menyebabkan jalan-jalan di bandar itu terutamanya di kawasan sepanjang sungai dan terusan dinaiki air.



Menteri Dalam Negeri, Anupong Paochinda berkata, angin monsun barat daya dan angin kencang yang bertiup dari Teluk dan Laut Andaman turut mempengaruhi hujan lebat dan banjir di banyak kawasan rendah.

“Sejak 1 September lalu, sebanyak 31 wilayah terjejas dengan banjir kilat diikuti hujan lebat dan paras air sungai yang kian meningkat,” katanya lapor Bangkok Post.

Susulan itu, Jabatan Meteorologi Thailand menerusi kenyataan mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan fenomena hujan lebat tanpa henti yang boleh mencetuskan banjir kilat dan limpahan air.

Tanah runtuh akibat hujan lebat, 14 peniaga terpaksa henti operasi



Hujan lebat dijangka landa Bangkok hingga Ahad ini


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Tanah runtuh akibat hujan lebat, 14 peniaga terpaksa henti operasi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button