Konflik di Azerbaijan, Armenia perlu dihentikan

Konflik di Azerbaijan, Armenia perlu dihentikan

Konflik di Azerbaijan, Armenia perlu dihentikan
ANGGOTA polis Armenia bertempur dengan peserta protes di Yerevan yang menentang penyerahan wilayah Karabakh.-AFP

YEREVAN: Negara-negara kuasa besar menggesa konflik yang tercetus antara tentera Azerbaijan dan Armenia dihentikan serta-merta bagi mengelakkan pertumpahan darah lebih besar.

Gesaan itu turut disuarakan oleh Russia, Amerika Syarikat (AS) dan Turkiye selepas hampir 100 tentera terbunuh dalam serangan di kawasan sempadan, Selasa lalu.

Kementerian Luar Russia menggesa kedua-dua negara ‘menahan diri daripada peningkatan serangan lebih lanjut’.



Dilaporkan, Moscow terlibat dalam tindakan mengekalkan hubungan ekonomi dan keselamatan kukuh dengan Armenia yang menjadi tuan rumah pangkalan tentera Russia serta menjalinkan kerjasama rapat dengan Azerbaijan yang kaya dengan sumber minyak.

Perdana Menteri Armenia, Nikol Pashinyan dilaporkan sudah menghubungi Presiden Russia, Vladimir Putin; Presiden Perancis, Emmanuel Macron; Presiden Majlis Eropah, Charles Michel dan Presiden Iran, Ebrahim Raisi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken turut menghubungi Pashinyan dan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev.



Blinken menjelaskan AS yang mempunyai utusan khas di rantau itu berharap konflik tersebut boleh diselesaikan di meja rundingan dan berusaha memupuk keamanaan.

Turkiye yang merupakan sekutu Azerbaijan turut menyalahkan kekejaman di Armenia.

Presidennya, Recep Tayyip Erdogan menzahirkan sokongan terhadap Aliyev dan menegaskan Turkiye dan Azerbaijan adalah ‘bersaudara dalam semua perkara’.

Menurut Kementerian Pertahanan Armenia, pertempuran meletus beberapa minit selepas tentera Azerbaijan melancarkan serangan artileri dan dron di wilayah Armenia.



Difahamkan, tembakan makin berkurangan menjelang siang, tetapi tentera Azerbaijan berusaha untuk mara ke wilayah Armenia.

Kementerian Luar Azerbaijan pula terpaksa bertindak balas terhadap ‘provokasi berskala besar’ oleh Armenia lewat Isnin lalu.

Beliau mendakwa tentera Armenia menanam periuk api dan melepaskan tembakan ke arah kedudukan tentera Azerbaijan.

Kedua-dua negara terjebak dalam konflik selama beberapa dekad di wilayah Nagorno- Karabakh yang dikatakan merupakan sebahagian daripada Azerbaijan.



Namun, wilayah itu kini dikuasai pasukan etnik Armenia yang disokong tentera negara itu sejak perang pemisah berakhir pada 1994.

Azerbaijan merampas kembali wilayah itu menerusi perang selama enam minggu pada 2020 yang mengorbankan lebih 6,600 orang.

Peperangan itu berakhir dengan perjanjian damai yang diuruskan oleh Russia.

Moscow yang mengerahkan 2,000 tentera ke rantau itu berkhidmat sebagai pasukan pengaman di bawah perjanjian tersebut serta berusaha mengekalkan hubungan mesra dengan kedua-dua negara bekas Soviet.-AP



Anwar beruntung dapat rawatan zaman BN

Konflik di Azerbaijan, Armenia perlu dihentikan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar beruntung dapat rawatan zaman BN



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button