KPT tinjau projek pembangunan Unisza



Datuk Seri Abdul Razak Jaafar sedang mendengar taklimat daripada Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Prof. Dr. Fadzli Adam)

Oleh Azrin Muhammad

KUALA TERENGGANU – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membuat lawatan ke Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) bagi meninjau perkembangan projek pembangunan termasuk pembinaan Hospital Pengajar Unisza (HPUnisza), semalam.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar turut menerima taklimat mengenai beberapa projek lain yang tersenarai dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan Ke-12 (RMK-12) daripada wakil-wakil tuan rumah serta Jabatan Kerja Raya (JKR).



Turut hadir, Naib Canselor Unisza, Prof. Dr. Fadzli Adam; Ketua Penolong Setiausaha Kanan (Pembangunan) KPT, Mohd. Anuar Bab; Pengarah HPUnisza, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi A. Latiff; Pengarah Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Unisza, Ir. Mohd Hassan Ahmad dan Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan JKR, Datuk Dr. Balamurugan A. Gopal.

Menurut Abdul Razak, kesemua projek yang dalam pembinaan tersebut bukan sahaja bakal menaik taraf kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) UniSZA, malah turut menyumbang kepada kemudahan masyarakat di daerah Kuala Nerus.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker