Lamb Chop & Sos Blackpepper Mushroom



Lamb Chop & Sos Blackpepper Mushroom

Lamb Chop & Sos Blackpepper Mushroom
Lamb Chop & Sos Blackpepper Mushroom

 

Kali ni nak share resepi menu favourite Che Nom iaitu grill lamb dan dua side dish iaitu mashed potato serta sayur fresh yang dicelur dengan sempurna.

Resepi marinade lamb ni ada bahan penting untuk dapatkan isi grilled lamb yang lembut dan juicy (yang tak liat lah) dan mudah sangat nak ikut sebab gravy nya kita masak dengan satu bahan segera, kita mengelat lah sikit kali ni, jadi memang cepat lah siap.

 

Bahan pun semua yang mudah-mudah saja. Daging yang moist, yang dah serap rasa perapan, ada rasa burn sikit dari grill, makan pula dengan mashed potato dengan gravy yang pedas lemak, sayur pun masih lagi fresh dan crunchy, memang kombo terbaik. Wajib cuba tau.

 

 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan perapan daging:
    • 1-1.5 kilo daging biri-biri
    • 3 sudu besar sos tiram
    • 2 sudu besar kicap pekat manis
    • 2 sudu besar sos tomato
    • 1 sudu kecil serbuk Allspice (boleh guna rosemary, thyme, Italian herbs)
    • 1 ½ sudu besar serbuk lada hitam
    • ½ sudu kecil garam
    • 3 ulas bawang putih
    • 2-3 sudu besar yoghurt
    • 2 sudu besar minyak zaitun
    • Sedikit gula
    • Sedikit perahan jus lemon
  • Bahan-bahan kentang putar:
    • 3-4 ketul /600g kentang
    • Susu penuh krim
    • Secubit garam
    • 2 sudu besar mentega
  • Bahan-bahan untuk sos perang:
    • 2 sudu besar mentega
    • 1-2 sudu besar serbuk lada hitam
    • ½ biji bawang holland
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 tin sup krim cendawan
    • 1 tin air
    • ½-1 sudu besar kicap pekat manis
  • Bahan-bahan side dish:
    • Brokoli
    • Kubis bunga
    • Karot
    • Daun salad

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk perapan ayam:
    1. Masukkan sos tiram, kicap manis, sos tomato, serbuk allspice, lada hitam, garam, parutan bawang putih, yoghurt, minyak zaitun dan sedikit gula.
    2. Tambah sedikit perahan jus lemon dan gaul sebati sos perapan.
    3. Sapu sos dan salut sekata pada daging biri-biri,
    4. Tutup dengan plastik dan perap daging semalaman atau sekurang-kurangnya 4-5 jam.
  2. Cara-cara untuk kentang putar:
    1. Rebus kentang dengan air secukupnya dan sedikit garam sehingga masak lembut.
    2. Toskan air dan buang kulit kentang.
    3. Masukkan mentega kedalam kentang dan lenyek sehingga hancur.
    4. Tambah susu penuh krim sedikit demi sedikit dan sedikit garam.
    5. Sambung lenyek sehingga lembut dan hancur halus.
  3. Cara-cara untuk sos perang:
    1. Panaskan kuali, lalu tumiskan mentega dan bawang holland dadu. Tumis sehingga bawang lembut.
    2. Masukkan bawang putih cincang, serbuk lada hitam, sup krim cendawan dan air rebusan.
    3. Tambah kicap pekat manis dan sedikit lagi serbuk lada hitam. Gaul sehingga sos perang masak.
  4. Cara-cara untuk Lamb Chop Dan Sos Black Pepper Mushroom:
    1. Celur hirisan lobak merah, kubis bunga dan brokoli dalam air rebusan kentang.
    2. Angkat dan masukkan dalam air sejuk.
    3. Panaskan minyak zaitun dan panggang daging perap sehingga masak lembut.
    4. Setelah masak, hidangkan daging panggang bersama hiasan daun salad, sayur yang telah di celur, kentang putar serta sos perang.

20 Tempat Makan Best Di Puchong (Senarai TERKINI)

Tip:

 

  • Bahan penting yang membantu untuk proses melembutkan daging semasa perapan adalah yoghurt manakala bahan bagi mengelakkan daging tidak kering apabila dipanggang adalah minyak. Jika tiada minyak zaitun, boleh saja gunakan minyak masak yang lain.
  • Pastikan tempat panggang betul-betul panas sebelum mula untuk memanggang daging.

 

Lamb Chop & Sos Blackpepper Mushroom

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar beruntung dapat rawatan zaman BN

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker