India cipta pil harga RM5.70 rawat penyakit kanser

Oleh – Syeikh Baran


India cipta pil harga RM5.70 rawat penyakit kanser
GAMBAR fail menunjukkan doktor dan kakitangan perubatan di Pusat Kanser Tata, Mumbai. – Foto AFP

Institut TATA di Mumbai mencipta pil yang boleh mencegah kanser daripada berulang dan menghalang kesan sampingan semasa rawatan penyakit itu sebanyak 50 peratus, lapor portal berita RT kelmarin.

Menurut akhbar Economic Times, kejayaan itu diperoleh selepas penyelidikan dilakukan terhadap pil baharu tersebut selama satu dekad.



Pil dikenali sebagai R+Cu itu mempunyai ciri prooksidan seperti resveratrol dan kuprum yang boleh melawan kanser.

Ubat itu itu juga berkesan dalam merawat kanser pankreas, paru-paru, dan mulut, demikian menurut penyelidik yang menciptanya.

Pil itu dijangka berharga hanya 100 rupee (RM5.72).

Ketika ini, R+Cu sedang menunggu kelulusan Pihak Berkuasa Keselamatan dan Piawaian Makanan India (FSSAI) dan berkemungkinan dikeluarkan dalam pasaran antara Jun atau Julai tahun ini.



Kata seorang pakar Hospital Memorial Tata, Dr Rajendra Badve , kesan sampingan pil itu telah diuji pada tikus , manakala ujian klinikal terhadap manusia masih dilakukan.

“Ia akan mengambil masa kira-kira lima tahun untuk menyelesaikan ujian berkenaan ke atas manusia,” katanya dalam temu bual dengan NDTV. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button