Nasi Goreng Usa

Menu kali ini ialah Nasi Goreng USA ala Thai.

Nasi Goreng Usa

Nasi Goreng Usa
Nasi Goreng Usa

 Menu nasi yang digoreng dengan sayur dan seafood ataupun ayam, dihidangkan pula bersama daging masak merah dan telur goreng atau telur mata. Masakan yg memang cukup sedap membuka selera.
Daging masak merah tu sama saja macam resepi yang lepas, daging kita rebus dengan sedikit pewarna merah sampai lembut dan empuk, hiris nipis kemudian masak.

Walaupun ada sumber yang mengatakan singkatan USA tu sebenarnya ialah udang, sotong dan ayam, bukan United States of America, tapi Che Nom kongsi berdasarkan menu yang biasa terdapat di restoran Ala Thai atau restoran Melayu. Jadi untuk video kali ni, kita focus pada kombinasi menu Nasi Goreng USA yang biasa terdapat di restoran tempatan.

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk tumis:
    • 3 ulas bawang putih
    • biji bawang holland
    • 10-12 tangkai cili padi
    • **Ambil serba sedikit kesemua bahan di atas dan tumbuk kasar untuk nasi goreng
  • Bahan-bahan untuk nasi goreng:
    • Bahan tumbuk kasar (yang bertanda **)
    • 1 sudu besar cili kisar
    • -1 batang lobak merah
    • cawan udang
    • 3-4 cawan nasi
    • 2 sudu besar kicap cair
    • Sedikit serbuk lada sulah
    • 2-3 batang kacang panjang
    • 1 biji telur
    • Sedikit serbuk lada sulah
    • Garam secukup rasa
  • Bahan-bahan untuk daging masak merah:
    • 2-3 sudu besar minyak masak
    • Hirisan bawang putih dan cili padi (dari bahan di atas)
    • 2 sudu besar sos tomato
    • Anggaran 300g daging rebus bersama pewarna merah
    • 2 sudu besar sos cili
    • 1 sudu besar sos tiram
    • air rebusan daging
    • 1 sudu besar sos ikan Thai
    • sudu besar cili pes Thai (pilihan)
    • 1 sudu besar cili kisar
    • Gula secukup rasa
    • 1 biji tomato
    • 2-3 helai daun limau purut
    • 4 putik jagung
    • Hirisan bawang Holland
  • Bahan-bahan untuk telur goreng:
    • Minyak masak
    • Telur

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk nasi goreng:
    1. Tumbuk kasar serba sedikit hirisan nipis bawang holland, bawang putih dan cili padi.
    2. Tumis bahan-bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau.
    3. Masukkan cili kisar, lobak merah yang didadu dan udang.
    4. Selepas udang kelihatan sudah separuh masak, masukkan nasi, kicap cair, sedikit serbuk lada sulah, dan hirisan kacang panjang.
    5. Tepikan nasi dan masukkan telur ditengah;. Tabur sedikit serbuk lada sulah diatas telur dan masak sehingga separuh masak lalu gaul telur bersama nasi.
    6. Tambah garam secukup rasa dan teruskan menggoreng sehingga nasi goreng masak kering.
  2. Cara-cara untuk daging masak merah:
    1. Rebus daging bersama sedikit air dan pewarna merah sehingga daging menjadi lembut. Simpan air rebusan daging.
    2. Panaskan minyak lalu tumis baki hirisan bawang holland, bawang putih dan cili hijau.
    3. Masukkan sos tomato, sos cili, hirisan daging, sos tiram, air rebusan daging, sos ikan Thai, cili pes Thai (pilihan) dan cili kisar.
    4. Masukkan sedikit gula secukup rasa, potongan tomato, daun limau purut, sayur putik jagung dan hirisan bawang holland.
    5. Tambah air untuk lebihkan kuah.
  3. Cara-cara untuk Nasi Goreng USA:
    1. Panaskan minyak dan goreng telur.
    2. Hidang nasi goreng bersama daging masak merah serta telur goreng dan juga ulam-ulaman seperti salad mahupun timun. Tabur sedikit daun bawang sebagai hiasan.

 

Tip:

 

  • Selain meletakkan udang didalam nasi goreng, boleh sahaja digantikan dengan sotong atau ayam.
  • Sambal belacan juga boleh dijadikan tambahan bagi hidangan Nasi Goreng USA disamping daging masak merah dan ulam-ulaman.

Resepi Nasi Minyak Mudah & Sedap Untuk Keluarga

Nasi Goreng Usa

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar beruntung dapat rawatan zaman BN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker