Nur Aiman raih emas kedua



Nur Aiman raih emas kedua

Nur Aiman raih emas kedua
Nur Aiman (tengah) meraikan kejayaan dalam acara lepas beramai-ramai individu hari ini.

SEREMBAN: Pertukaran taktikal yang dilakukan Muhammad Nur Aiman Rosli berjaya membantu pelumba dari Johor itu merangkul pingat emas dalam acara lepas beramai-ramai individu di Sukan Malaysia (SUKMA) 2022, hari ini.

Ini adalah pingat emas keduanya selepas dia terlebih dahulu mengungguli acara ujian masa lebuh raya individu yang berlangsung semalam.

Pelumba Sapura Cycling itu mengakui percaturan untuk ‘bertindak’ lebih pantas perlu dilakukan memandangkan dia menjadi sasaran pelumba lain khususnya daripada Terengganu selepas memenangi acara ujian masa, semalam.



“Saya bersyukur dapat memberi saingan kepada pelumba lain. Kemenangan ini sangat bermakna kepada saya kerana saya tidak pernah menyertai acara ini dalam SUKMA.

“Sebelum perlumbaan, saya sudah tahu cabaran yang akan dihadapi. Saya juga sedar akan menjadi sasaran pelumba lain.

“Sebab itulah saya menukar taktik dengan melakukan pecahan lebih awal iaitu ketika separuh perlumbaan lagi.

“Taktikal saya itu akhirnya membuahkan hasil dan saya sememangnya amat berpuas hati dapat meraih dua emas pada penampilan keempat di SUKMA,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlumbaan sejauh 160 kilometer (km) itu.



Sebagai rekod, Nur Aiman menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 3 jam 52 minit 04 saat (s) sementara pingat perak menjadi milik pelumba Terengganu, Muhammad Shahmir Aiman Abd Halim dengan catatan masa 3 jam 52 minit 35s.

Seorang lagi pelumba Terengganu, Kee Zhe Yie meraih gangsa apabila mencatat masa 3 jam 53 minit 51s.

Mahathir mula kalih isu Zeti bila serang Tony Pua

Nur Aiman raih emas kedua


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar beruntung dapat rawatan zaman BN

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker