Persaraan Dr. Zubaidah kehilangan besar KPT



(DATUK Seri Dr.Noraini Ahmad (kiri) bergambar kenangan bersama Dr. Zubaidah Aman yang bersara wajib dari perkhidmatan awam di Putrajaya, semalam)

 

Oleh Rohana Man

PUTRAJAYA – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad meluangkan masa bertemu Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bersara wajib pada 14 September 2022, semalam.

Dalam satu kenyataan, Noraini berkata hari ini (semalam) merupakan hari terakhir Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JPPKK, Dr. Zubaidah Aman dalam perkhidmatan awam.



“Sepanjang 36 tahun, banyak yang telah disumbangkan oleh beliau dalam bidang pendidikan.

“Beliau juga telah berkhidmat di KPT sejak awal penubuhan kementerian ini.

“Persaraan ini pastinya merupakan satu kehilangan kepada KPT.

“Segala usaha dan sumbangan yang diberikan demi kecemerlangan pengajian tinggi akan terus segar menjadi nostalgia kami, warga kementerian khususnya warga JPPKK,” kata Noraini dalam Facebook rasminya di sini, hari ini.



Beliau turut mengucapkan selamat bersara kepada Dr. Zubaidah.

Dr. Zubaidah dilantik menyandang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), JPPKK berkuatkuasa 15 Februari 2021.

Sekitar seminggu yang lalu, beliau menghadiri Majlis Malaysian Polytechnic and Community College Sustainability Award 2022 (MPCCSustAWARD’22) di Kuantan, Pahang.

“Penganjuran MPCCSustAward merupakan satu pengiktirafan bagi memperkasakan budaya hijau dan melestarikan Politeknik dan Kolej Komuniti selaras dengan objektif pembangunan Blueprint SmartGreen PolyCC 2021-2026.



“Program peringkat kebangsaan ini bermula pada 2020 dengan penganjuran sulungnya diadakan di Politeknik Mersing dan kemudiannya pada tahun 2021 telah diadakan di Politeknik Sultan Idris Shah,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara anugerah utama dipertandingkan menerusi Anugerah SmartGreen PolyCC 2022 adalah Anugerah Penjimatan Tenaga Elektrik, Anugerah Lanskap Hijau, Anugerah Penjimatan Air, Anugerah Pengurusan Sisa , Anugerah Pengurusan Perolehan Hijau, Anugerah Pengurusan Pengangkutan dan Anugerah Penyelidikan Terba



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker