PH mula tingkat serangan terhadap BN dan Keluarga Malaysia.



Oleh Adam Malik

Boleh dikatakan Parti Keadilan Rakyat telah memulakan gendang perang mereka.

Beberapa malam lalu , Anwar Ibrahim dan Rafizi sudah mula buat Gerakan perkukuhkan kedudukan PKR dalam menghadapi Pilihanraya ke15 dengan kempen “Ayuh Malaysia”.

Anwar sempat melaungkan slogan “Kita Humban Mereka” dan Rafizi Ramli pula dengan ugutan untuk penjarakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri jika berani mengadakan pilihanraya Ketika banjir.



Sebahagian orang ramai yang hadir pada ceramah umum Pakatan Harapan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Pekan Rantau, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 10 APRIL 2019.

Begitu yakin kedua mempelai PKR ini.

Tiada janji2 yang manfaat untuk rakyat selain sambung kisah skandal dan isu.

Tiada hal “bread and butter’ ataupun kebajikan rakyat di utamakan.

Mungkn rakyat boleh hidup dengan mendengar kisah skandal LCS atau saki baki cerita 1MDB.



Smbil itu , penyokong Perdana Menteri masih sibuk menyerang penyokong Presiden dan mantan Presiden.

Dulu serangan ini tidak ujud, namun setelah Datuk Seri Ismail Sabri ada cita2 mahu jadi calon Presiden UMNO , maka penyokong Presiden dan mantan Presiden dianggap penghalang kepada tujuan ini.

Maka, leka lah penyokong menyerang sama sendiri dalam parti.

Namun , sebaik sahaja Anwar dan Rafizi mula serangan kepada DSIS , pembela dan penyokong DSIS agak terkejut.



Meriam yang sentiasa dihala kedalam parti tiba2 tidak tahu bagaimana hendak dihala kepada Anwar dan Rafizi.

Sudah tidak biasa hendak menyerang musuh atas sebab lebih hebat menyerang dalaman menyindir memperli penyokong dari kalangan sama sendiri.

Penyokong Presiden dan mantan Presiden pula berkemungkinan enggan membantu membela Perdana Menteri kerana menganggap ini bukan PM UMNO tetapi PM perjanjian sulit yang banyak menyusahkan UMNO dan membantu pihak lawan secara sulit.

Ada juga laporan menyatakan semua yang ‘align’ kepada DSIS akan ditolak pada pemilihan UMNO kerana dikira sebagai penghianat parti yang lebih cenderong kepada pihak lawan.



Apapun ia sekadar pendapat sahaja.

Kini, dengan kedua Anwar dan Rafizi ‘up the ente’ serangan terhadap DSIS , apa pula kaedah untuk mematahkan serangan ini semua?

PertahanaP utama Datuk Seri Najib Razak sudah tiada untuk membantu ‘counter attack” dari kedua orang ini.

DSIS pula dilaporkan sedang sibuk mengatur langkah pertahan kedudukan dengan merayau kesana sini memikat mereka2 Ketua Bahagian dan Ap2 yang belum mahu condong kepada nya.

Siapa pula akan terajui ‘counter attack’ dari pihaknya?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker