Ronaldo boleh beraksi 22 Januari

RIYADH: Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo boleh membuat penampilan sulung di Arab Saudi pada 22 Januari selepas dia berjaya didaftarkan bersama pasukan baharu, Al Nassr, kata sumber kepada AFP semalam.

Ronaldo, yang dipertontonkan kepada penyokong minggu ini, menyertai senarai pemain kelab selepas Al Nassr menamatkan kontrak pemain dikaitkan dengan Manchester United, Vincent Aboubakar yang akan kekal selama maksimum lapan perlawanan untuk pemain luar seperti ditetapkan liga Arab Saudi.

Dia kini boleh bermain bagi aksi 22 Januari di laman sendiri menentang Ettifaq selepas melengkapkan dua penggantung perlawanan dikeluarkan pada November kerana memecahkan telefon bimbit seorang penyokong ketika bermain bersama Manchester United.

“Al Nassr menamatkan kontrak Vincent Aboubakar menerusi persetujuan bersama dan dia akan menerima semua haknya dalam aspek kewangan,” kata sumber kelab sambil menambah Ronaldo sudah didaftarkan sebelum perlawanan Al Nassr menentang Al Ta’ee pada Jumaat.

“Jadi ketika ini dia ada satu lagi penggantungan dan akan melaluinya dalam satu lagi aksi menentang Al Shabab pada 14 Januari,” kata sumber berkenaan.

Pegawai berkenaan tidak menjelaskan mengenai laporan bahawa Aboubakar, 30, akan ke Manchester United, sambil berkata pemain itu kini adalah ejen bebas dan boleh berbincang dengan mana-mana pasukan.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker