Rakaman keterangan Bella di CIC ditunjukkan di Mahkamah

Rakaman keterangan Bella di CIC ditunjukkan di Mahkamah

Rakaman keterangan Bella di CIC ditunjukkan di Mahkamah
Siti Bainun ketika hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur untuk menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down dikenali Bella hari ini. – NSTP/Fathil Asri

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini ditunjukkan rakaman video keterangan remaja Sindrom Down berusia 13 tahun dikenali Bella, yang didakwa didera pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Keterangan Bella dirakam Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), di Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) pada 12 Julai 2021.

Bagaimanapun, peguam bela Siti Bainun, Nur A’minahtul Mardiah Md Nor, memohon supaya galeri awam dikosongkan kerana hanya hakim, pendakwaan serta pembelaan dibenarkan untuk menonton video terbabit.



Ia mengambil kira status Bella selaku kanak-kanak bawah umur dan dilindungi mengikut Seksyen 6 Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007.

Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta gangguan emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini, antara Februari hingga Jun 2021.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, berkata perbicaraan kes itu sepatutnya diteruskan hari ini, dengan keterangan pakar psikiatri.



Namun, katanya, saksi itu tidak dapat hadir kerana perlu terbabit dengan sesi pembentangan yang berkaitan dengan kepakarannya.

“Pendakwaan ada lima lagi saksi membabitkan seorang pakar psikiatri, seorang doktor perubatan, dua pegawai penyiasat dan Bella. Saksi selepas pakar psikiatri adalah Bella.

“Kami berpendirian pakar psikiatri perlu membantu mahkamah memahami ketidakupayaan dan keterbatasan intelektual Bella yang juga saksi utama.

“Pakar itu boleh beri contoh soalan dikemukakan kepada Bella. Dengan itu, Bella perlu dipanggil selepas pakar psikiatri beri keterangan. Untuk hari ini, kami bersetuju untuk rakaman CIC Bella ditayangkan,” katanya.



Susulan itu, Nur A’minahtul Mardiah, berkata pihaknya tiada bantahan terhadap alasan ketidakhadiran saksi pendakwaan dan rakaman CIC itu ditayangkan.

“Kami hanya mohon pendakwaan pastikan ada saksi pada tarikh perbicaraan akan datang bagi mengelakkan kes ditangguh lagi,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung 21 September ini.

Ramai puji Ayob, tindakan polis tepat



Rakaman keterangan Bella di CIC ditunjukkan di Mahkamah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button