Samseng cuba tunjuk lagak dibelasah remaja juara jujitsu

Samseng cuba tunjuk lagak dibelasah remaja juara jujitsu

Samseng cuba tunjuk lagak dibelasah remaja juara jujitsu

LONDON: Seorang samseng jalanan bertemu buku dengan ruas selepas dia dibelasah teruk oleh seorang remaja yang merupakan juara dunia dalam sukan jujitsu.

Video yang memaparkan samseng itu menyerang Alex William tular pada tahun lalu ketika mangsa berusia 16 tahun.

Dalam sesi perbicaraan, Stuart Briggs, 35, mengaku bersalah menyerang William yang kini berusia 17 tahun, dalam kejadian di Guisborough, North Yorkshire.

Briggs hadir ke Mahkamah Majistret Teesside dan mengaku bersalah menyebabkan kecederaan tanpa niat ketika serangan itu sehingga menyebabkan William mendapat enam jahitan akibat kecederaan dialaminya.

Mahkamah membenarkan Briggs dari Middlesbrough diikat jamin tanpa syarat sehingga 11 Oktober depan.

Dalam kejadian itu, Briggs bertindak menggigit telinga William ketika menyerang remaja itu.

Namun, Briggs tidak menyedari William merupakan juara remaja dunia dalam jujitsu dan pernah meraih gelaran itu beberapa kali.

Rakaman video menunjukkan Briggs menghampiri remaja itu yang sedang duduk di bangku jalan bersama rakannya.

Briggs cuba menarik William untuk menyerangnya namun remaja itu berjaya mengelak dengan mengangkat lalu menghempas lelaki itu ke tanah dan menahannya.

Briggs yang enggan mengalah terus menyerang William secara berterusan sehingga pergaduhan itu dileraikan seorang pejalan kaki yang melalui lokasi kejadian.

Polis datang ‘jemput’ ke balai

Samseng cuba tunjuk lagak dibelasah remaja juara jujitsu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar beruntung dapat rawatan zaman BN

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker