Swedish Meatball Dan Brown Sauce



Swedish Meatball Dan Brown Sauce

Swedish Meatball Dan Brown Sauce
Swedish Meatball Dan Brown Sauce

Di sini Che Nom akan tunjuk cara untuk hasilkan meatball homemade yang sedap dengan beberapa bahan perapan tertentu. Teknik untuk dapatkan bebola kenyal pun ada dikongsi dalam video ni. Kita perlu goreng meatball, hasilnya nanti sedikit rangup di luar dan moist di dalamnya. Ada juga cara utk hasilkan brown sauce yang pekat dan lemak tanpa perlu guna bancuhan brown sauce segera dan rasa pun lagi sedap. Kalau sekarang di IKEA side dish nya mashed potato dan kacang pis, Che Nom pula akan hidang bersama kentang goreng dan brokoli yang dicelur dengan cara yang betul, untuk hasil yg fresh dan menarik rupa sayurnya. Kalau dulu2 mmg side dish nya fries dan brokoli. Meatball resepi homemade dari segi rasa dan teksture, memang terbaik..dimakan pula dengan brown sauce dan side dish tu..tak perlu lagi beratur Panjang di IKEA, yang kadang-kadang nak dapat meja di restoran pun susah sebab ramai.

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk meatball:
    • 600g daging kisar
    • 1 biji bawang holland
    • 2 keping roti putih
    • 5 sudu besar /75 ml susu full cream
    • 1 biji telur
    • sudu kecil serbuk lada hitam
    • sudu kecil serbuk lada putih
    • 1 ulas bawang putih
    • sudu kecil rempah mixed spice
    • sudu kecil garam
    • Minyak, untuk menggoreng
  • Bahan-bahan untuk Sos Perang:
    • 40g /3 sudu besar mentega
    • 3 sudu besar tepung gandum
    • 1 cawan air
    • 1 ketul kiub pati daging
    • 1 cawan susu full cream
    • cawan krim masakan
    • 2 sudu kecil kicap
    • sudu kecil cuka (**boleh ganti cuka dengan 1 sudu kecil dijon mustard)
    • NOTA Penting: Jumlah kesemua susu full cream, air dan krim ialah 2 cawan. Anda boleh sesuaikan ikut bahan sama ada lebihkan susu atau krim.
    • Lebih banyak krim, lebih sedap rasa brown sauce
  • Bahan-bahan untuk hidangan sampingan:
    • Sayur brokoli
    • Kentang goreng
    • Jem lingonberry

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk meatball:
    1. Cincang halus bawang holland dan bahagi 2. Potong roti dan rendam dengan susu.
    2. Tumis 1 bahagian bawang holland. Goreng sampai lembut.
    3. Masukkan dalam mangkuk yang besar daging kisar, bawang holland tumis dan bawang holland mentah, roti putih, telur, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, bawang putih parut, rempah mixed spices dan garam.
    4. Gaul anggaran 1-2 minit atau sampai adunan melekit.
    5. Sukat daging dengan sudu dan bentukkan menjadi bebola sama saiz.
    6. Rehatkan
    7. Panaskan minyak (boleh tambah butter sikit) dan goreng meatball sampai habis.
  2. Cara-cara untuk sayur:
    1. Panaskan air sampai mendidih kemudian masukkan garam.
    2. Potong brokoli dan rebus selama 2-3 minit. Angkat dan masuk dalam air sejuk.
  3. Cara-cara untuk sos perang:
    1. Tapis keluar minyak dari goreng meatball tadi. Keladak yang tinggal akan digunakan balik untuk masak sos perang.
    2. Panaskan semula kuali dan cairkan butter. Masuk tepung gandum dan kacau sehingga masak larut.
    3. Masukkan air dan masak sehingga pekat. Masukkan susu full cream, kiub pati lembu.
    4. Masuk cooking cream, kicap dan cuka (boleh ganti Dijon mustard). Kacau sampai brown sauce pekat mendidih.
  4. Cara-cara untuk kentang goreng:
    1. Panaskan minyak dan goreng jejari kentang sampai garing. Angkat dan tabur sedikit garam.
    2. Hiding bersama meatball, sos perang, brokoli dan jem lingonberry.

 

Tip:

 

  • Roti berfungsi untuk kekalkan bentuk meatball dan lembabkan isi dalam. Biasanya isi meatball akan letak breadcrumb atau roti putih. Che Nom pilih yang mana senang dapat bahan.
  • Daging kisar kalau terlebih lemak meatball akan mengecut terlalu banyak, kalau tak ada lemak langsung nanti daging akan jadi kering.
  • Untuk bulatkan, uli daging dengan 2 tapak tangan dan tekan biar padat dan bulatkan semula.
  • Garam dalam air celur penting untuk rasa dan kekalkan warna hijau sayur.
  • Air sejuk akan hentikan proses masak dan warna kekal hijau.
  • Tepung gandum dalam sos perang adalah cara untuk buat Roux fungsi untuk pekatkan kuah.
  • Bila nak simpan sos perang, tutup rapat takut lapisan atas keras masa menyejuk.

https://my-tv.online/2022/04/08/resepi-ayam-masak-merah-2/

Swedish Meatball Dan Brown Sauce

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker