Zaid Ibrahim persoal sikap “kurang ajar” Maljis Peguam terhadap YDPA.

Oleh Adam Malik

Adakah rakyat bakal diperdaya sekali lagi berkenaan terma2 perundangan oleh Majlis Peguam?

Ketika seorang hakim didapati ada kesalahan melakukan rasuah dan majoriti rakyat mahu dia didakwa dan dibicarakan, maka Majlis Peguam pula muncul dengan terma perundangan “Separation of Powers” demi pertahankan hakim.

Malah, sanggup adakan demo “Walk for Justice” versi Majlis Peguam.

Satu pelakuan jenayah ,yang perlu didakwa segera di ‘twist’ oleh Majlis Peguam sebagai gangguan kepada keharmonian terma “Separation of powers”.

Sedangkan ia satu kes ‘Straight forward” rasuah.

Pada hal terkini , Peguam veteran Datuk Zaid Ibrahim menempelak sikap “double standard” Majlis Peguam yang sangat aktif bergerak memberi tekanan agar Datuk Seri Najib Razak tidak diberi pengampunan.

“What saddens me is that undue pressure is being brought to bear on the Yang di-Pertuan Agong not to exercise pardon (in Najib’s favour).

“This is a show of insolence.

“We must respect His Majesty’s judgment because he is the King, our head of state,” he said, adding that those offering advice now will later start questioning any decision handed down by the King.

Ia bukan lagi hak Majlis Peguam untuk masuk campur atas sebab yang sama mereka perjuangkan yakni ”Separation of Powers”.

Jika Majlis Peguam merasa mereka bekuasa dan berhak pada hal perundangan , waima dilihat tersangat berat sebelah dan berpihak , maka Majlis Peguam juga harus mengamalkan sifat menghormati kuasa Yang DiPertuan Agong berkenaan isu pengampunan terhadap pemenjaraan DSNR.

Andaian , Majlis Peguam konon2 nya undang2 negara seolah olah dipelekeh kan jika Najib Razak diberi pengampunan, itu  sekadar andaian Majlis Peguam Sahaja.

Malah boleh dikatakan , tidak mengambil Tindakan dan membela  seorang Hakim rasuah lebih menghinakan imej perundangan.

Memberi pandangan ‘bias’ terhadap sistem penghakiman dan memilih untuk berpihak kerana anutan politik lebih menjijikan perundangan negara.

Majlis Peguam sibuk menekan Hakim Datuk Supian untuk berundur diri (recuse) hanya sebab alasan kecil, tetapi berbuat bodoh apabila Hakim Nazlan didapati ada “conflict of interest” pada dua kiraan.

Satu, beliau didapati menyembumyi maklumat diri nya ada bekerja di Maybank meluluskan syarikat SRC dan kedua sembunyi maklumat beliau disiasat oleh kedua PDRM dan SPRM atas tuduhan menerima rasuah.

Dimana Majlis Peguam dan buku undang2 mereka pada hal ini?

Kemudian suami Hakim Tunku Maimon didapati ada hubungan rapat dengan Tun Mahathir dan mungkin mempengaruhi isterinya tidak dianggap salah , tapi Datin Rosmah berbual didalam talipon dikira mempengaruhi suami.

Perkara pelik2 ini menakutkan seluruh rakyat Malaysia.

Benar juga kata Zaid Ibrahim pada satu bualan nya, bahawa sudah tiba masa untuk Majlis Raja Raja Melayu berbuat sesuatu terhadap sistem perundangan negara.

Imej negara bertambah teruk dalam hal ini.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker