Azmin Ali perlu dedah nama ketua Umno Gombak yang sokong PN

Oleh – Bakhtiar Omar


Azmin Ali perlu dedah nama ketua Umno Gombak yang sokong PN

Bekas Ahli Parlimen Gombak, Dato’ Seri Azmin Ali yang bertanding kerusi DUN N18 Hulu Kelang perlu dedah nama ketua-ketua Umno di Gombak yang sokong PN (Perikatan Nasional).

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam satu ceramah di Taman Melawati.

Azmin mendedahkan lebih 30 ketua-ketua Umno dalam Bahagian Gombak menyatakan akan memberi sokongan kepadanya tetapi tetap berada dalam Umno Gombak.



Azmin said that the group consisted of about 30 Umno branch chiefs from the Gombak, including those currently in position and a number of female branch chiefs from the Gombak parliamentary constituency.

He added that they convened to express their willingness to support PN while remaining in Umno. – Azmin Ali -2/8/2023

Siapa percaya kepada ucapan Azmin Ali? Beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Presiden PKR, bertindak keluar parti dan menyertai BERSATU sebaik sahaja ‘Langkah Sheraton’ dilakukannya.

Azmin Ali perlu dedah nama ketua Umno Gombak yang sokong PN

PKR ketika itu kehilangan 10 orang Ahli Parlimen kerana perbuatan Azmin. Pada PRU15, pengkhianatan Azmin Ali terhadap PKR dan Pakatan Harapan telah terbayar apabila beliau kalah kepada Datuk Seri Amirudin Shari dengan majoriti 12,729.

“Saya pernah menyatakan keinginan untuk berehat. Saya sudah berkhidmat selama tujuh penggal, satu penggal di Hulu Kelang, tiga penggal di Bukit Antarabangsa dan Gombak.

“Oleh itu, saya rasa kita sepatutnya memberi peluang kepada generasi muda untuk menjadi pengganti. Kita mempunyai calon berpotensi yang sangat komited kepada perjuangan. Kita mahu sebuah Malaysia yang lebih kuat,” – Azmin Ali 21/5/2023

Walau pada mulanya Azmin tidak mahu bertanding pada PRN Selangor, akhirnya beliau membuktikan semua itu adalah pembohongan. Memilih untuk bertanding di N18 Hulu Kelang merupakan bukti paling jelas pembohongan Azmin Ali kepada rakyat Selangor.

Walaupun Perikatan Nasional tidak menamakan sesiapa dari parti itu sebagai calon Menteri Besar, dipercayai Azmin Ali merupakan calon utama PN sekiranya mereka berjaya mengalahkan PHBN di Selangor.



Bagaimana dengan pengakuan ‘Haziq’ berkaitan satu klip video?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker