Andai masih lengahkan PRU, BN akan jadi serangan habis-habisan pembangkang

Oleh: Ahmad Wira MahatĀ 

Jika ada seorang pemimpin UMNO masih belum sedar dan hendak bermain-main dengan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) demi mengekalkan kuasa dan jawatan yang ada, maka bersedialah Barisan Nasional (BN) dan UMNO akan diserang habis-habisan.

Serangan itu bukan berlaku ketika kempen PRU tetapi ia akan berlaku bermula sekaran oleh Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR dan DAP yang kini bergerak dengan kedua-dua parti ada saf kepimpinan baharu.



PKR dengan Timbalan Presiden yang baharu iaitu Rafizi Ramli manakala DAP sudah diketuai oleh Setiausaha Agung yang baharu iaitu Anthony Loke yang kalau dilihat secara kasar, tiada kontroversi yang boleh dikaitkan dengan beliau.

Jangan terkejut jika nanti mungkin Bersatu, PKR dan DAP sebenarnya bersekongkol bersama menyedari ini adalah peluang untuk menghancurkan BN dan UMNO sama sekali dengan tohmahan dan fitnah yang lebih hebat.

Apabila seorang pemimpin UMNO sudah berada dalam penjara dek kerja jahat mereka, BN dan UMNO tampak seperti tiada sosok tubuh yang kuat dalam media sosial mahupun di khalayak ramai untuk menjawab dan menangkis tohmahan oleh barisan pembangkang.

Dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang sudah ibarat “selamat disimpan” bagi mereka, BN memang nampak seakan-akan tidak ada seseorang yang mampu menjawab tohmahan demi tohmahan seperti bekas Perdana Menteri itu yang digelar dengan panggilan “Bossku”.



Oleh sebab itu, PKR bergerak all out dalam ceramahnya disebabkan

Dengan kerajaan masih enggan membubarkan Parlimen, PKR sudah bergerak ibarat kempen PRU sudah bermula di seluruh negara menanam hasutan, memburukkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan pimpinan UMNO yang lain secara terang-terangan.

Rafizi sudah mula langkah dengan ugut akan penjarakan Ismail Sabri dan pemimpin UMNO lain jika panggil PRU dalam masa terdekat.

Selain takut, mereka tahu selagi PRU dilengahkan, mereka ada masa dalam jelajah seluruh negara berceramah bercerita macam-macam penipuan kepada rakyat sedangkan ada pemimpin UMNO lena duduk di atas kerusi empuk menjadi kerajaan.



Masih ramai rakyat yang mahu BN kembali membentuk kerajaan yang kuat dan kukuh. Mereka tahu BN boleh lakukan perbaiki hal ehwal rakyat dan banteras masalah yang dihadapi mereka.

Bagi parti Bersatu melalui Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan para pemimpinnya, mereka mainkan naratif Ismail Sabri perlu kekalkan kerajaan sehingga tamat penggal Parlimen pada tahun hadapan, sementara itu PKR mainkan peranan ceramah sana sini, kata itu dan kata ini.

Perdana Menteri masih lawat sana lawat sini, dan tidak menyedari ada serangan sudah bermula dari luar dan dalam parti.

Lagi lama ia dibiarkan semakin berbahaya kedudukan UMNO dan BN.



Gunakanlah peluang apabila akar umbi mendambakan BN segera beri peluang untuk mereka beri mandat baharu untuk bentuk kerajaan.

Kerajaan yang ada sekarang dengan Jemaah Menteri yang ada sekarang tidak akan ke mana seandainya kalah. Bukan sahaja Menteri, Perdana Menteri pun nanti akan kalah buta-buta sahaja.

Andai nasi sudah jadi bubur, ia masih boleh dimakan, tapi kalau rumah dah jadi abu ia takkan boleh diduduki lagi.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button