Asam Pedas Original Melaka Ikan Merah

Asam Pedas Original Melaka Ikan Merah

Asam Pedas Original Melaka Ikan Merah
Asam Pedas Original Melaka Ikan Merah

Dah lama tak masak resepi ikan, jadi kali ni Che Nom nak masak Asam Pedas Melaka menggunakan Ikan Merah. Resepi asal Che Nom rujuk dari channel YouTube Dapur Mok Teh. Mengikut kata pemilik channel, ini resepi asli asam Pedas Melaka. Che Nom pulak kebetulan suka makan asam pedas.

Cara Mok Teh, asam pedas ini ditumis dengan bahan hiris (bawang) dan halba, biar naik wangi. Kemudian tumis pula dengan bahan-bahan kisar halus iaitu bawang, kunyit, halia, dan juga tambahan rempah ratus. Itu yang buatkan asam pedas ni sedap sangat bagi Che Nom.

Nak masak pun kena sabar, kena tumis betul-betul. Kuah yang pekat, merah tu jadi tambah selera nak makan. Kalau guna ikan fresh memang terbaik. Nak ganti ikan lain macam ikan kembung pun boleh.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan:
    • 1 biji bawang besar
    • 1 ulas bawang putih
    • 10 -15 biji bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 3 ketul kunyit hidup
    • 1 inci halia
    • 1 biji tomato
    • Bendi
    • 5-6 helai daun limau purut
    • 30 biji cili kering
    • 1 ekor/ 900g ikan merah
    • 1 sb biji ketumbar
    • 1/2 sb jintan manis
    • 1/2 sb jintan putih
    • 1/2 sb biji lada hitam
    • 1/2 sb biji halba
    • 1 inci / 1/2 sb belacan bakar
    • 3/4 cawan minyak masak
    • 1 cawan jus asam jawa
    • Garam secukup rasa
    • 2-3 cawan air (untuk kuah)
    • Serbuk perasa (pilihan)

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara:
    1. Hiris nipis bawang besar dan bawang putih (untuk tumisan).
    2. Potong kasar bawang merah kecil, bawang putih, kunyit hidup dan halia (untuk kisar).
    3. Tomato belah 4, bendi trim bahagian kepala dan ekor dan daun limau nipis buang tangkai dan koyak daun.
    4. Cili kering, gunting, rebus sampai mendidih, bilas dan keluarkan biji.
    5. Masukkan dalam blender cili kering rebus, belacan bakar, bahan potong kasar, biji ketumbar, jintan manis, jintan putih, biji lada hitam dan air. Kisar sampai halus.
    6. Panaskan minyak, tumis biji halba sampai naik aroma. Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih, tumis sampai bawang lembut.
    7. Masukkan bahan kisar halus dan masak atas api sederhana sampai pecah minyak.
    8. Tambah daun limau purut, air, garam dan sambung tumis sampai garing.
    9. Masukkan air asam jawa, air, ikan dan masak sampai mendidih.
    10. Tambah garam, serbuk seasoning, tomato dan bendi.

 

Tip:

 

  • Che Nom cincang dulu bawang supaya senang nak kisar halus dalam blender.
  • Basuh ikan merah dengan asam jawa untuk hilang bau hanyir.
  • Che Nom campur cili tak pedas dalam 10 tangkai dan pedas dalam 15 tangkai. Dah campur tak pedas sangat, anak pun boleh makan.
  • Che Nom biasa letak bendi last sekali sebelum tutup api supaya bendi tak lembut sangat.

Resepi Asam Rebus Ikan Yang Sihat & Enak

Asam Pedas Original Melaka Ikan Merah


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Penjarakan pemimpin Umno, apa respon Ismail Sabri?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker