Awesome Raja Lawak Minggu Ini Lebih Mencabar!

Kumpulan Sesah Diberi Peluang Kedua

Awesome Raja Lawak Minggu Ini Lebih Mencabar!

Awesome Raja Lawak Minggu Ini Lebih Mencabar!

Awesome Raja Lawak minggu kedua berlangsung dengan meriah malam semalam (Rabu) dengan menyaksikan “Viral/Trending” sebagai tema.

Murai MY menyukai tema minggu ini kerana ia lebih mencabar kreativiti setiap peserta untuk memberi persembahan yang sebaik mungkin.

Bagi penulis, apa yang berlaku dalam minggu kedua ini juga memberi pengajaran bahawa para peserta tidak boleh berada dalam zon selesa meskipun sudah meraih markah yang memuaskan dalam minggu terdahulu. Hal ini dapat dilihat apabila kumpulan Sesah yang menjuarai minggu pertama, hampir tersingkir dalam minggu kedua.

Keputusan Sebulat Suara

Menurut Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli, barisan juri tetap bersama pihak produksi telah sebulat suara untuk memberi peluang kedua untuk kumpulan Sesah.

“Kumpulan Sesah hampir tersingkir kerana mendapat markah terendah dengan jumlah keseluruhan hanya sebanyak 42%, jauh berbeza dengan kumpulan Sedare yang menjuarai persembahan di minggu kedua dengan 74%.

“Keputusan ini ternyata mengejutkan semua khususnya peminat kumpulan Sesah. Namun begitu, barisan juri tetap; Khir Rahman, Saiful Apek dan Ayda Jebat bersama pihak produksi sebulat suara membuat keputusan untuk memberi peluang kedua kepada Sesah apabila mengumumkan tiada penyingkiran untuk minggu kedua ini,” katanya.

Awesome Raja Lawak Minggu Ini Lebih Mencabar!

 

Dalam pada itu, Datin Ezzan juga mengatakan bahawa sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam Awesome Raja Lawak.

 

Anda mungkin juara pada minggu ini, namun begitu pada masa yang sama, anda juga boleh menjadi peserta tercorot pada minggu seterusnya. Ini yang berlaku pada malam tadi. Justeru, saya menyeru semua peserta untuk lebih bersedia dengan persembahan mereka di minggu ketiga kelak.

“Bertemakan “Muzikal”, satu tema yang cukup popular dan dinanti-nantikan penonton, kami mengharapkan kesemua 13 peserta lebih bersemangat, mendapatkan nasihat dan tunjur ajar dari mentor masing-masing dan memberi komitmen sepenuhnya untuk pertandingan ini. Kami mempunyai keyakinan yang tinggi dengan potensi kesemua peserta musim ini.

Awesome Raja Lawak Minggu Ini Lebih Mencabar!

 

3 Juta Tontonan

Datin Ezzan juga berkongsi berita gembira apabila Awesome Raja Lawak telah mula merekodkan 3 juta tontonan sejak ditayangkan pada 7 September sehingga hari ini.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi kepada semua bahawa “Awesome Raja Lawak” yang mula bersiaran pada Rabu, 7 September lalu telah berjaya merekodkan sejumlah 3 juta tontonan sehingga hari ini. Ini adalah permulaan yang cukup baik untuk jenama baharu Raja Lawak yang bersiaran di platform Awesome TV selepas 9 tahun tidak ke udara. Kolaborasi di antara Awesome TV dan Homegrown Productions in ternyata membuahkan hasil dan kami menjangkakan akan ada lebih banyak kerjasama dengan rumah produksi ini di masa akan datang,” katanya lagi.

Jom imbas kembali, berikut adalah senarai markah penuh setiap peserta dalam Awesome Raja Lawak minggu kedua;

1.SEDARE – 74%
2.SEMMAT – 70%
3.MANJA – 66%
4.MABO – 63%
5.HANIF – 58%
6.SE’EH – 56%
7.SODA – 56%
8.PELAN – 53%
9.AZHAR – 49%
10.KANMANI – 49%
11.KACAU – 46%
12.BEDUK – 45%
13.SESAH – 42%

Selepas Rina kini Saddiq pula buat lawak

 

Awesome Raja Lawak Minggu Ini Lebih Mencabar!


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Penjarakan pemimpin Umno, apa respon Ismail Sabri?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker