Polis cari saksi lori langgar lari motosikal ditunggang dua pelajar

Polis cari saksi lori langgar lari motosikal ditunggang dua pelajar

Polis cari saksi lori langgar lari motosikal ditunggang dua pelajar
Seorang daripada dua pelajar yang cedera selepas motosikal ditunggang mereka dilanggar lari di KM5.5 Lebuhraya ELITE, petang kelmarin. – Foto ihsan Polis

KUALA LUMPUR: Dua pelajar sekolah menengah cedera dengan seorang daripadanya parah selepas motosikal ditunggang mereka dilanggar lari di Kilometer (KM) 5.5 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) arah ke Shah Alam, dekat sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 petang ketika dua remaja perempuan berusia 16 tahun dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumah mereka di Kampung Sri Aman, Puchong.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata kedua-dua mangsa adalah rakan sekelas dan bersekolah di Sekolah Menengah Taman Puchong Permai.



“Sebaik tiba di KM 5.5 Lebuhraya ELITE, mereka yang menunggang motosikal jenis Honda RS-X dilanggar sebuah kenderaan lain disyaki sebuah lori dan kenderaan itu terus meninggalkan lokasi.

“Akibat kemalangan, penunggang motosikal cedera parah pada kaki kanan dan dikejarkan ke Hospital Klang, manakala pembonceng dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah MY Airlines Bermaksud Muhyiddin Yasin Airlines?


Wan Azlan berkata polis sedang menjalankan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian termasuk mengesan kenderaan lain yang terbabit dalam kejadian ini.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama saksi yang melihat kemalangan atau mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan polis.



Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Polis Daerah Subang Jaya, Inspektor Mohamad Hamdan Jeramatin di talian 0194642222.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis cari saksi lori langgar lari motosikal ditunggang dua pelajar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker