Mantan Ketua Hakim Negara Bangkitkan Beberapa Persoalan Mengenai Surat Pengampunan DS Najib

Mantan Ketua Hakim Negara Bangkitkan Beberapa Persoalan Mengenai Surat Pengampunan DS Najib

Mantan Ketua Hakim Negara Bangkitkan Beberapa Persoalan Mengenai Surat Pengampunan DS Najib

Sebelum penulis menulis dengan lebih lanjut, penting untuk penulis membuat pengakuan, apa yang akan ditulis bukanlah mempersoalkan kuasa pengampunan YDP Agong.

Penulis juga tiada niat untuk mempersoalkan pengampunan yang sudah diberikan oleh YDP Agong kepada DS Najib dalam hukuman kes SRC ke atas beliau.

Apa yang penulis tuliskan hanyalah berdasarkan kepada ulasan yang dibuat oleh mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid.

Bagi penulis, beliau mempunyai kredibiliti untuk memberikan pandangan serta ulasan mengenai pengampunan ke atas DS Najib.



Dalam tulisan Tun Abdul Hamid yang bertajuk Kenyataan Pengampunan DS Najib: Kesilapan Demi Kesilapan Berlaku, terdapat beberapa persoalan menarik dibangkitkan.

Percanggahan Pengurangan Hukuman Dengan Kenyataan Yang Di Keluarkan

 

Mantan Ketua Hakim Negara Bangkitkan Beberapa Persoalan Mengenai Surat Pengampunan DS Najib (3)

Tun Abdul Hamid membangkitkan bagaimana boleh berlaku kontradiksi antara kenyataan yang dibuat dengan pengurangan hukuman yang diberi.

Dalam surat kenyataan pengampunan mencatatkan dengan jelas pengurangan 50% hukuman penjara dan denda yang dikenakan.

Tiada isu mengenai pengurangan 50% hukuman penjara kerana ia bertepatan dengan kenyataan yang dikeluarkan.



Tetapi timbul persoalan mengenai pengurangan 50% terhadap denda yang dikenakan.

Denda awal yang sepatutnya dibayar oleh DS Najib adalah RM210 juta dan bagaimana angka RM50 juta boleh diperolehi sekiranya pengurangan 50% diberikan.

Bagaimana kesilapan sebegini besar dalam surat yang begitu penting tidak disedari oleh 5 anggota Lembaga Pengampunan?

Mantan Ketua Hakim Negara Bangkitkan Beberapa Persoalan Mengenai Surat Pengampunan DS Najib (4)

Tun Abdul Hamid juga membangkitkan persoalan yang sama dibangkitkan oleh ketua barisan peguambela DS Najib, TS Shafee Abdullah.

Mengapakah surat berkenaan hanya dilampirkan sebagai mukasurat kedua surat pengisytiharan yang mempunyai cop mohor Istana Negara sebagai mukasurat pertama?

Adakah kedua-dua surat berkenaan dikeluarkan oleh 2 entiti yang berlainan?

Mengapakah tidak ada cap mohor dan tandatangan YDP Agong dalam surat pengisytiharan pengampunan tersebut?

Perbezaan Surat Pengampunan Anwar Ibrahim Dengan DS Najib

Mantan Ketua Hakim Negara Bangkitkan Beberapa Persoalan Mengenai Surat Pengampunan DS Najib (1)

Dari semakan penulis, terdapat perbezaan yang cukup besar antara surat pengampunan Anwar Ibrahim dengan DS Najib.

Surat pengampunan Anwar Ibrahim telah dikeluarkan oleh Istana Negara dan telah ditandatangani oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja sebagai wakil YDP Agong.

Mantan Ketua Hakim Negara Bangkitkan Beberapa Persoalan Mengenai Surat Pengampunan DS Najib (3)

Tetapi surat pengampunan ke atas DS Najib telah dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Undang Undang).

Mengapa ada perbezaan?

Mengapa surat pengampunan DS Najib tidak dikeluarkan oleh Istana Negara?

Sebagaimana yang penulis katakan, bukan untuk mempertikaikan proses pengampunan ke atas DS Najib.

Tetapi memandangkan DS Najib adalah milik rakyat Malaysia, maka sewajarnya Dr Zaliha memberikan penjelasan ke atas beberapa persoalan yang berbangkit.

Mantan Ketua Hakim Negara Bangkitkan Beberapa Persoalan Mengenai Surat Pengampunan DS Najib

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker