Lelaki maut cuba tahan kereta gelongsor masuk laut

Lelaki maut cuba tahan kereta gelongsor masuk laut

Lelaki maut cuba tahan kereta gelongsor masuk laut
Seorang lelaki maut akibat terperosok selepas dipercayai cuba menahan kereta miliknya daripada menggelongsor ke laut di Teluk Senangin, Pantai Remis dekat Manjung, malam tadi. -Foto/Ihsan Bomba Perak

IPOH: Seorang lelaki maut selepas terperosok di bawah kereta ketika cuba menahan kereta miliknya daripada menggelongsor ke laut di Teluk Senangin, Pantai Remis dekat Manjung, malam tadi.

Kejadian berlaku berdekatan kawasan pantai itu mengakibatkan Muhammad Hafiz Ramli, 31, maut di lokasi kejadian dipercayai akibat lemas terperosok di bawah kenderaan berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan jam 11.34 malam dan mengarahkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis ke lokasi kejadian.



Katanya, tiba di lokasi bomba mendapati sebuah Proton Gen2 sudah menggelongsor masuk ke laut dan turut dimaklumkan oleh orang awam bahawa terdapat seorang lelaki terperosok di bawah kereta itu dipercayai cuba menahan kenderaan terbabit.

“Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa naik ke tepi pantai sebelum anggota bomba sampai ke lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini..

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan Hospital Seri Manjung dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan.

Mayat bakal pengantin ditemukan pagi ini – Polis

Lelaki maut cuba tahan kereta gelongsor masuk laut


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker