Tiada sistem pagar elektrik, parit di lokasi serangan gajah

Tiada sistem pagar elektrik, parit di lokasi serangan gajah

Tiada sistem pagar elektrik, parit di lokasi serangan gajah
Lokasi kejadian mangsa dipijak gajah di kawasan ladang sawit, berhampiran Tanah Tinggi Lojing, di sini, kelmarin. Foto ihsan keluarga mangsa

GUA MUSANG: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengesahkan serangan gajah liar yang dipercayai menyebabkan seorang pengawal keselamatan maut dipijak di Tanah Tinggi Lojing, kelmarin berlaku di kawasan yang tidak mempunyai sistem pagar elektrik gajah.

Pengarah PERHILITAN Kelantan, Mohamad Hafid Rohani, berkata selain itu kawasan terbabit juga tidak mempunyai parit penghalang gajah menyebabkan gajah liar dari Hutan Simpan Brooke sering menceroboh kawasan ladang.

“Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa dipercayai telah diserang oleh dua ekor gajah liar berdasarkan kesan tapak kaki gajah bersaiz antara 30 hingga 35.6 sentimeter dan kesan gajah makan pada daun pokok kelapa sawit.



“Gajah yang menyerang mangsa adalah daripada Kumpulan ID Brooke yang mempunyai populasi anggaran sebanyak 30 ekor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamad Hafid berkata, sebelum ini, pihaknya tidak pernah menerima apa-apa aduan berkenaan kehadiran dan serangan gajah di kawasan ladang berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Annuar Musa ‘sakit’, ratib Umno, Zahid, Anwar



Beliau juga menasihatkan pekerja ladang supaya lebih berhati-hati dan berwaspada sekiranya terserempak dengan hidupan liar dan membuat laporan kepada PERHILITAN.

Media sebelum ini melaporkan, Mohd Marzuki Mohd Nawi, 42, maut dipercayai dipijak gajah di kawasan ladang berhampiran Tanah Tinggi Lojing ketika dalam perjalanan ke sungai di kawasan ladang untuk memancing ikan bersama seorang rakannya.

Hasil pemeriksaan fizikal ke atas mangsa menemukan terdapat kesan lebam dan luka di sebelah pinggang kiri yang dipercayai dipijak gajah. –BERNAMA



Tiada sistem pagar elektrik, parit di lokasi serangan gajah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button