Meremang bulu roma Awie dipuji nyanyian mantap macam ‘telan kaset’

Siap ada kata inilah penyanyi nombor satu!

Meremang bulu roma Awie dipuji nyanyian mantap macam ‘telan kaset’

Meremang bulu roma Awie dipuji nyanyian mantap macam ‘telan kaset’

PENYANYI Datuk Awie tidak menyangka persembahannya di Konsert Faztival Fazura 2022 pada Ahad lalu berjaya meninggalkan seribu kenangan terindah buat pengunjung.

Rata-rata pengunjung yang hadir terhibur dan terpesona dengan vokal penyanyi senior ini ketika mendendangkan lagu Di Penjara Janji.

Kata Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 54, ini merupakan anugerah terindah yang diberikan tuhan kepadanya dan meluahkan rasa bersyukur kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk menghiburkan peminat sehingga saat ini.

“Bila bercakap mengenai perkara ini meremang pula saya tapi itulah ini semua Allah punya kuasa, ada yang diberi dan ambil jadi sebagai hambanya jangan lupa pada tuhan.

“Mungkin ini hasil daripada saya berlatih secara harian bersama kumpulan mahupun berseorangan dan mungkin itu juga kembalikan tenaga ataupun tona suara itu.

“Rajin membuat latihan… insyaAllah ia akan memberikan ketahanan vokal berpanjangan walaupun berumur sekali pun kotak suara ini akan menjadi kuat,” kata Awie kepada mStar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Dalam pada itu, terdapat juga segelintir netizen membuat perbandingan kualiti persembahan nyanyian Datuk Awie dengan Ifa Raziah yang terlihat jauh berbeza.

“Saya tidak tengok program itu jadi tidak berani nak komen, minta maaf tapi apa pun kita jangan lupa diri kalau gagal atau salah itu bermakna tidak cukup dengan latihan atau mungkin bukan rezeki.

“Sudah, jangan ada komen-komen negatif yang lain dan cuba letak diri sentiasa di bawah, jangan mendongak ke langit sangat,” ujarnya.

Antara barisan artis yang hadir membuat persembahan di Konsert Faztival Fazura 2022 pada ahad lalu, antaranya kumpulan Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz, Amir Masdi, Datuk Awie, Datuk M.Nasir, Ella dan turut menampilkan dua penyanyi Indonesia Ahmad Dhani dan Mulan Jameela.

Penantian 17 tahun Marsha Milan

 

Meremang bulu roma Awie dipuji nyanyian mantap macam ‘telan kaset’


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Penjarakan pemimpin Umno, apa respon Ismail Sabri?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker