Mesyuarat terakhir MKT Umno sebelum bubar?

Mesyuarat MKT Umno jadi tumpuan semua pihak



Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Mesyuarat terakhir MKT Umno sebelum bubar?

 

Benarkah Mesyuarat MKT Umno (Majlis Tertinggi Umno) yang dijadualkan semula ke tarikh baru merupakan mesyuarat terakhir sebelum Parlimen dibubarkan?

Mesyuarat MKT yang sepatutnya dijalankan pada esok telah ditunda ke 30 September 2022. Menurut Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, menerusi menerusi whatsapp menyatakan penundaan tarikh kerana Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri akan merasmikan pembukaan SUKMA 2022.

Mesyuarat terakhir MKT Umno sebelum bubar?

Menurut desas-desus politik yang berlegar, mesyuarat MKT itu juga akan menentukan nasib beberapa nama (lantikan) bakal digugurkan dari senarai Majlis Kerja Tertinggi Umno.



Pada mesyuarat tersebut juga akan ada penilaian oleh MKT terhadap beberapa laporan disiplin yang telah diadukan kepada Lembaga Disiplin Umno. Bagaimanapun, masih belum pasti siapakah yang dikatakan disiasat Lembaga Disiplin Umno.

Mesyuarat terakhir MKT Umno sebelum bubar?

Mesyuarat MKT kali ini juga difahamkan akan menggesa agar ketetapan diambil oleh Perdana Menteri untuk penentuan tarikh sebenar pembubaran Parlimen. Ini bagi memastikan semua jentera Pilihanraya digerakkan dan bersedia pada bila-bila masa untuk PRU15.

Selain itu, laporan berkaitan pembahagian kerusi antara komponen juga akan dinoktahkan bagi melancarkan persediaan BN.

Adakah senarai nama calon Parlimen (Umno) juga akan dikemukakan untuk dinilai MKT? Ini sangat penting untuk menilai penerimaan pengundi terhadap senarai nama yang dikemukakan dalam usaha mencapai sasaran jumlah kerusi pada Pilihanraya Umum Ke-15.



Baca artikel menarik –

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker