Netizen berang watak adiwira terbaharu Marvel tampilkan pelakon Israel

Netizen berang watak adiwira terbaharu Marvel tampilkan pelakon Israel

Netizen berang watak adiwira terbaharu Marvel tampilkan pelakon Israel
Shira Haas bakal membawa watak adiwira dalam filem terbaharu Marvel.
MARVEL memperkenalkan satu lagi watak adiwira yang bakal dilakonkan oleh pelakon Israel dalam siri Marvel Cinematic Universe (MCU).

Menerusi Ekspo D23 yang berlangsung pada minggu lalu, aktres berasal dari Israel iaitu Shira Haas telah diumumkan sebagai watak Sabra dalam filem Captain America: New World Order yang akan ditayangkan pada tahun 2024.

Haas merupakan seorang pelakon dalam siri mini Netflix Unorthodox pada tahun 2020 dan pernah menerima dua Anugerah Ophir Israel.



Pelakon ini akan membawa peranan sebagai wira Israel, iaitu ejen yang bekerja dengan Mossad (agensi perisikan negara Israel) dalam komik Marvel.

Netizen berang watak adiwira terbaharu Marvel tampilkan pelakon Israel
Kemunculan pelakon ini dalam filem Marvel terima kecaman hebat netizen.

 

Bagaimanapun pengumuman itu telah mencetuskan kontroversi di platform media sosial.

Ramai rakyat Palestin dan aktivis pro-Palestin menyuarakan bantahan mereka terhadap watak Israel yang menggambarkan peranan heroin itu.



Pengguna media sosial menjadi marah apabila mengingatkan peristiwa pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin yang berlaku di kem Sabra dan Shatila di Beirut pada tahun 1982.

Netizen berang watak adiwira terbaharu Marvel tampilkan pelakon Israel
Turut dikenali menerusi siri Netflix Unorthodox.

 

Peristiwa hitam ini berlaku pada September 1982 itu mengorbankan sejumlah besar rakyat Palestin yang dibunuh dengan kejam.

Pemilihan nama adiwira itu turut dipersoalkan, malah mereka menganggap pengumuman kemunculan watak Sabra itu terlalu dekat dengan tarikh ulang tahun pembunuhan beramai-ramai itu.



Difahamkan juga, penampilan Sabra di dalam komik dilihat mengenakan pakaian dengan reka bentuk berdasarkan bendera Israel dan mempunyai senjata.

Netizen menyifatkan pihak produksi tidak sensitif terhadap rakyat Palestin kerana mewujudkan watak itu dalam filem terbaharu itu.

Dr Morbius lakonan Leto tetap mantap



Netizen berang watak adiwira terbaharu Marvel tampilkan pelakon Israel

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Morbius lakonan Leto tetap mantap




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button