Badan Dipenuhi Luka, Budak Lelaki Didera & Dibuang Tepi Jalan Di Cheras Utama

Seorang kanak-kanak lelaki dipercayai warga asing ditemukan dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian badan, tangan dan dahi di tepi jalan simpang tiga di Cheras Utama, semalam.

Budak didera, dibuang tepi jalan

Kanak-kanak lelaki yang berusia dalam lingkungan tiga hingga empat tahun itu ditemui oleh orang awam sekitar jam 11:30 malam dan ketika itu, mangsa yang berpakaian lengkap dikatakan duduk berseorangan tanpa penjaga di tepi jalan. Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan, mangsa kemudian dibawa ke Balai Polis Batu 9 untuk pemeriksaan lanjut bagaimanapun hasil pemeriksaan  tidak menjumpai sebarang butiran atau dokumen pengenalan diri mangsa.

Kami mengesyaki mangsa merupakan anak warga negara asing kerana tiada mempunyai sebarang kesan suntikan vaksin di bahu dan mangsa juga tidak memahami serta tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa tempatan.

Susulan daripada itu, mangsa telah dirujuk dan ditempatkan di Wad Kanak-kanak Hospital Kajang. Mangsa juga dikatakan berada dalam keadaan sihat dan kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Langat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mempunyai elemen penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat kejadian diminta menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd. Zaiyaudi Mohd. Yaakub di talian 019-535 5395 bagi membantu siasatan.

Sumber: Kosmo

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker