Perdana Menteri Sweden letak jawatan sebab menang tipis pilihan raya

Perdana Menteri Sweden letak jawatan sebab menang tipis pilihan raya

Perdana Menteri Sweden letak jawatan sebab menang tipis pilihan raya

STOCKHOLM: Walaupun blok haluan kanan menang majoriti tipis dalam pilihan raya Ahad lalu, namun, Perdana Menteri Sweden, Magdalena Andersson tetap mengumumkan peletakan jawatan.

Andersson yang merupakan pemimpin parti Demokrat Sosial berkata, parti itu tetap memiliki majoriti dengan memenangi 176 daripada 349 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

“Saya akan serahkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan tanggungjawab bagi proses seterusnya akan diserahkan kepada speaker.

“Saya kini memulakan kerja bagi membentuk kerajaan baharu dan kuat,” katanya.

Keputusan penuh pilihan raya akan diumumkan selepas proses pengundian semula yang sudah menjadi amalan standard di Sweden.

Jawatan Perdana Menteri kemungkinan besar akan diserahkan kepada pemimpin parti Moderate, Ulf Kristersson.

Andersson merupakan Perdana Menteri wanita pertama yang mentadbir negara sejak tahun lalu.-BBC

Menang tipis, sipi-sipi PRU bukan pilihan sama sekali

Perdana Menteri Sweden letak jawatan sebab menang tipis pilihan raya


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Penjarakan pemimpin Umno, apa respon Ismail Sabri?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker