Tawaran gaji RM17,666 untuk pemandu

Oleh – Syeikh Baran


Tawaran gaji RM17,666 untuk pemandu
Hanya 10 kekosongan jawatan pemandu bas ditawarkan syarikat tersebut. – Mothership

Satu iklan jawatan kosong yang diterbitkan sebuah syarikat bas di Singapura mendapat sambutan menggalakkan selepas menawarkan gaji sebanyak SG$5,000 (RM17,666) untuk pemandu bas.

Laman berita Mothership melaporkan, syarikat Westpoint Transit Pte Ltd mula membuka permohonan untuk jawatan pemandu bas pada 15 Januari lalu.

Sehingga semalam, syarikat itu menerima sebanyak 1,292 permohonan untuk 10 jawatan pemandu bas. Seramai 450 pemohon ialah warganegara Singapura, manakala 30 daripadanya memiliki ijazah universiti.



Pengarah Pembangunan Perniagaan Westpoint Transit, Lionel Lee berkata, pihaknya menjangka menerima 300 permohonan dalam dua sesi temu duga.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila iklan jawatan kosong pemandu bas itu mendapat sambutan menggalakkan.

Kira-kira 60 peratus pemohon adalah warga Singapura, manakala selebihnya berasal dari Malaysia, Indonesia, China, India dan Myanmar. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker