PRU15 ; Ismail Sabri mahu calon pilihannya disenaraikan?

PM perlu diberikan 'kuasa' memilih calon

Oleh – Bakhtiar Omar


PRU15 ; Ismail Sabri mahu calon pilihannya disenaraikan?

 

Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob sudah pasti mahu calon pilihannya disenaraikan bagi membantu kemenangannya di PRU15 akan datang.

Bagi menghadapi PRU15, calon adalah sebahagian faktor penentu kemenangan parti. Umno sebelum ini telah mengumumkan akan mengemukakan lebih banyak ‘muka baru’ sebagai calon.

Selaku Naib Presiden merangkap Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob perlu membantu Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden, Dato Seri Utama Mohamad Hasan memastikan Umno menentukan calon terbaik  Umno.

PRU15 ; Ismail Sabri mahu calon pilihannya disenaraikan?

Untuk mengekalkan pencalonan Ismail sebagai PM, beliau memerlukan ‘team’ bagi memastikan laluannya kekal di Putrajaya tidak diganggu gugat pihak lawan.

Seperti semua maklum, ‘team” yang sedia ada dalam senarai kabinet perlu disenaraikan sebagai calon dan tidak boleh digugurkan jika Ismail berhasrat untuk kekal sebagai ‘Poster Boy’.

PRU15 ; Ismail Sabri mahu calon pilihannya disenaraikan?

Nama-nama ‘Team’ yang perlu dikekalkan pada PRU15

  • Datuk Seri Hishamuddin Hussein
  • YB Khairy Jamaluddin
  • Datuk Seri Mahdzir Khalid
  • Tan Sri Annuar Musa
  • Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
  • Datuk Seri Dr Adham Baba
  • Tan Sri Noh Omar
  • Datuk Halimah Sadique
  • Datuk Dr Noraini Ahmad
  • Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
  • Datuk Seri Shahidan Kassim

Adakah nama-nama ini masih relevan untuk rakyat dan akan diterima baik pengundi terutama pengundi18?

Latar belakang dan pengalaman nama-nama di atas perlu dipertimbangkan dalam usaha Umno kembali ke Putrajaya membentuk sebuah kerajaan yang mantap.

Bagaimanapun, semua keputusan akhir pemilihan calon perlu diteliti dengan baik dan mengambil kira kehendak pengundi. 

Penafian – artikel adalah pandangan penulis dan tidak ada kena mengena serta tidak menggambarkan pendirian MyTvOnline

Penjarakan pemimpin Umno, apa respon Ismail Sabri?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker