Sekumpulan penunggang motosikal hambat pemandu kereta didakwa lari lepas makan cendol

Sekumpulan penunggang motosikal hambat pemandu kereta didakwa lari lepas makan cendol

Sekumpulan penunggang motosikal hambat pemandu kereta didakwa lari lepas makan cendol
Tular satu rakaman video sekumpulan penunggang motosikal mengejar sebuah kereta dinaiki beberapa remaja yang dikatakan tidak membuat pembayaran selepas menikmati cendol. – Foto tangkap layar akaun X @Asal Gombak.

KUALA LUMPUR: Tular satu rakaman video sekumpulan penunggang motosikal mengejar sebuah kereta dinaiki beberapa remaja yang dikatakan tidak membuat pembayaran selepas menikmati cendol.

Menurut kapsyen bersama video yang dimuat naik di akaun X (dahulu Twitter), Asal Gombak, kumpulan motosikal itu dikatakan mengejar pemandu kereta itu bermula dari kawasan Batu Caves sehingga ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dekat sini.

“Satu kekecohan berlaku di Batu Caves apabila sekumpulan remaja yang menaiki sebuah kereta dikatakan lari dan tidak membayar cendol yang dimakan dan dikejar oleh sekumpulan penunggang motosikal.



“Aksi kejar mengejar itu bermula dari Batu Caves kemudian ke Batu Muda sehinggalah ke MRR2 Batu Caves. Pemandu kereta tersebut akhirnya berhenti di tengah-tengah jalan kemudian melarikan diri,” katanya.


Menerusi rakaman itu, dilihat sepanjang cubaan melarikan diri daripada kumpulan penunggang motosikal terbabit, kereta Nissan Almera itu dipandu laju secara melulu sehingga melanggar beberapa kenderaan lain.

Dalam rakaman itu juga, dilihat seorang penunggang motosikal mengambil kunci kereta selain kelihatan seorang remaja lelaki berada di tempat duduk penumpang hadapan kereta terbabit.

Sekumpulan penunggang motosikal hambat pemandu kereta didakwa lari lepas makan cendol


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Mahkamah Sahkan PAS Parti Rasuah

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker