Rafizi jaguh ‘Bongkar” Cop Ayam , takut bongkar skandal rasuah Zeti dan Nazlan.



Oleh Adam Malik

Bila Rafizi hendak dedah rasuah Zeti dan Nazlan?

Walaupun Rafizi Ramli bersungguh sungguh dengan skandal LCS , tapi nampaknya rakyat semacam buat bodoh sahaja.

Skandal LCS tidak begitu jadi bahan bualan rakyat.



Mungkin kerana mengenali Rafizi yang suka berbohong atau suka memfitnah , itu mungkin juga.

Dulu bila Rafizi buka isu , semua orang teruja dan memberi respon.

Tapi semenjak rakyat tahu kerja Rafizi suka buka isu dan skandal semata mata untuk meraih sokongan , maka kali ini Rafizi macam tidak laku lagi.

Pada majlis “Ayuh Malaysia” anjuran Parti Keadilan Rakyat baru lalu, Rafizi bersama Anwar di hadapan penyokong sendiri sekadar menyerang Datuk Seri Ismail Sabri sahaja.



Anwar pula dengan slogan kosong “Kita Humban mereka”.

Berbalik kepada isu LCS Rafizi, Nampak nya kali ini tidak menjadi bualan rakyat.

Mungkin agaknya Rafizi tiada modal lain lagi dan rakyat sudah jemu.

Rafizi mencuba lagi satu skandal umpama 1MDB tapi tidak laku dan tidak menjadi.



Rakyat sudah tahu kerja skandal pilihan Rafizi bukan skandal sebenar ia sekadar permainan persepsi sahaja.

Rafizi perlu tukar strategi baru atau ‘approach’ baru.

Selepas menghilang diri sebaik sahaja kes “BAFIA” kali ini Rafizi muncul semula dengan serang Najib Razak.

Tapi Najib Razak bukan calang2 , DSNR respon dengan fakta, maka ini membuat Rafizi jem otak.



Setelah DSNR dimasukkan kedalam penjara melalui kerja kotor dan konspirasi , maka jika Rafizi serang DSNR , dia akan kena balun oleh netizen atas dasar ‘pengecut’ dan “pondan” seperti Tun Mahathir kerana menyerang musuh yang tidak boleh menjawap dan membalas serangan.

Apa yang elok dan patut Rafizi lalukan adalah mendedahkan rasuah terbesar bekas Gabenor Bank Negara dan juga kes rasuah Hakim Nazlan yang cuba di ‘cover up” oleh pihak tertentu.

Itu lah sepatutnya Rafizi lakukan untuk dilihat ‘serious’ sebagai pembenci skandal dan rasuah.

Jika Rafizi boleh perolehi dokumen cincin Rosmah  , dokumen LCS dan dokumen NFC, mustahil Rafizi tidak ada pihak yang boleh beri maklumat tentang rasuah Zeti dan Nazlan yang sah terima rasuah melalui siasatan PDRM dan SPRM.

Maka, tentu jika Rafizi persoal kenapa kedua perasuah ini masih belum didakwa dakwa lagi  Rafizi akan dilihat sebagai jaguh sebenar membenci skandal dan rasuah.

Jika Rafizi pergi merata ceruk naik truck atau lori guna pembesar suara mahu dua kes rasuah berprofil tinggi ini dibuka segera , pasti semua rakyat akan melihat Rafizi sebagai jaguh.

Jika tidak, tidak perlu lah hendak jadi jaguh benci rasuah semacam jaguh cop ayam Tun Mahathir.

Tun Mahathir sudah dicop pejuang rasuah cop ayam.

Tun Mahathir hanya sebut tentang hal orang UMNO sahaja.

Beliau sangat takut berbual berkenaan dua kes rasuah ini berkemungkinan takut terdedah kaitan beliau bersama mereka.

Maka, “Ayuh Rafizi” sila dedah rasuah kedua kuncu Mahathir ini.

Desak dibuka segera kes berprofil tinggi yang menjadi perhatian dunia dan pertanyaan rakyat.

Jangan jadi Jaguh dedah  dan jaguh bongkar Cop Ayam.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker