Roger Federer umum persaraan

GENEVA: Legenda tenis Switzerland, Roger Federer akan bersara selepas Piala Laver minggu depan sambil mengakui pertarungan dengan masalah lutut menyebabkan dia mengambil keputusan menamatkan karier bersejarah miliknya.

“Piala Laver minggu depan di London akan menjadi acara ATP terakhir saya,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Pemain berusia 41 tahun itu menang 20 gelaran Grand Slam dan tidak bermain sejak tewas suku akhir Wimbledon 2021, selepas menjalani pembedahan lutut ketiga dalam 18 bulan.

“24 tahun terakhir dalam jelajah menjadi pengembaraan menakjubkan,” katanya.

“Ketika kadangkala ia rasa seperti berlalu 24 jam yang lalu, ia juga meninggalkan kesan mendalam dengan magis dan saya seperti sudah melaluinya seumur hidup.”

Federer bergelut dengan kecederaan lutut sejak tiga tahun lalu yang mengehadkannya kepada tiga daripada 11 Grand Slams sejak permulaan 2020.

Ikon tenis wanita, Serena Williams hampir pasti tidak bermain sekali lagi selepas terkeluar pada pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat bulan ini.

Federer berkata badannya sudah memberitahu sudah tiba masanya dia mengundur diri.

“Saya bekerja keras untuk mendapatkan kembali prestasi kompetitif,” katanya.

“Tapi saya juga tahu keupayaan dan had badan saya, dan mesej yang diberikan sejak kebelakangan ini adalah jelas.

“Saya sudah berusia 41 tahun. Saya sudah bermain lebih 1,500 perlawanan sejak 24 tahun lalu.”

– AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker