Semoga ATM terus disegani, dihormati di persada antarabangsa – Agong



KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-89 kepada semua warga, veteran serta mereka yang pernah berkhidmat dengan angkatan terbabit.

Sebagai pemerintah tertinggi ATM, Seri Paduka amat menyanjung tinggi, sekali gus merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa, khidmat bakti serta pengorbanan dicurahkan seluruh warga dan bekas anggota ATM dalam melindungi kedaulatan serta keselamatan negara.

“Seri Paduka turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh keluarga perwira ATM yang telah terkorban ketika bertugas bagi melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.

“Seri Paduka mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama solihin,” menurut Istana Negara menerusi laman Facebook, hari ini.



Baginda turut mendoakan semoga ATM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa.

“Syabas dan tahniah,” titah Seri Paduka.

BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker