Bekas PM Itali, Silvio Berlusconi meninggal dunia

Bekas PM Itali, Silvio Berlusconi meninggal dunia

Bekas PM Itali, Silvio Berlusconi meninggal dunia
Gambar fail, bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi pada 2 Mac 2018. Bekas perdana menteri itu meninggal dunia, hari ini. – Foto AFP

MILAN: Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi meninggal dunia, hari ini, pada usia 86 tahun, menurut seorang jurucakap kepada AFP.

Beliau sebelum ini dimasukkan ke hospital Milan pada Jumaat kerana menjalani prapemeriksaan berkaitan leukemia.

Berlusconi dimasukkan ke hospital itu tiga minggu selepas beliau dibenarkan keluar apabila menerima rawatan di hospital San Raffaele di Milan selama enam minggu.

Doktor mendedahkan bekas pemimpin itu mengalami kanser darah, penyakit yang jarang berlaku.

Berlusconi telah mengalami masalah kesihatan selama bertahun-tahun, daripada pembedahan jantung pada 2016 hingga kemasukan ke hospital pada 2020 kerana COVID-19.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?

Bagaimanapun, beliau kekal sebagai ketua rasmi parti sayap kanannya Forza Italia, dalam kerajaan gabungan Perdana Menteri Giorgia Meloni.

Berlusconi memimpin Itali sebanyak tiga kali iaitu selama sembilan tahun di antara 1994 dan 2011 dan berjaya memikat pengundi dengan janji kejayaan ekonomi namun dipaksa meletakkan jawatan ketika krisis hutang mencengkam negaranya.

Bagaimanapun, pengaruhnya melebihi politiknya kerana telatahnya sebagai ‘playboy’ membuatkan beliau sering menjadi tajuk utama akhbar walaupun ketika tahun terakhirnya.

Beliau meninggalkan teman wanitanya yang berusia 33 tahun, Marta Fascina, dua bekas isteri dan lima anak, yang sebahagiannya membantu menguruskan empayarnya yang dianggarkan bernilai AS7 bilion.

Walaupun terlalu awal untuk butiran pengebumiannya, Berlusconi membina makam marmar yang diilhamkan oleh Firaun di vilanya di Arcore, berhampiran Milan, untuk menempatkan keluarga dan rakannya apabila mereka meninggal dunia. -AFP

Bekas PM Itali, Silvio Berlusconi meninggal dunia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker